CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan negeri perlu beri penjelasan isu terowong dasar laut

[Copy link]
Post time 28-3-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang diminta memberi penjelasan berhubung ulasan bertulis daripada dua agensi penting yang didakwa diminta selepas perbentangan penemuan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut.

Perbentangan itu dibuat syarikat konsesi, Consortium Zenith Construction (CZC) serta perunding mereka dalam Mesyuarat Exco pada Februari lalu.

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Baljit Singh berkata, perkara itu harus diperjelaskan segera bagi mengelakkan banyak persoalan timbul terhadap projek mega berkenaan.

"Banyak persoalan timbul apabila kerajaan negeri hanya meminta ulasan bertulis daripada dua agensi penting iaitu Penang Port Comission dan Penang Port Sdn Bhd selepas CZC membentangkan penemuan kajian kebolehlaksanaan projek itu.

"Kenapa selepas perbentangan dan bukannya sebelum? Nampak seolah-olah perbentangan itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Sepatutnya kerajaan negeri tunggu ulasan bertulis dari dua agensi dahulu sebelum perbentangan kajian kebolehlaksanaan projek.

"Ini yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan negeri memandangkan projek terowong dasar laut ini penuh kontroversi sejak ia mula diumumkan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Baljit berkata, kerajaan negeri perlu menghentikan daripada memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dalam melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion itu.

"Kerajaan negeri perlu telus dalam melaksanakan projek ini, tambahan pula ia dijalankan ketika kes rasuah melibatkan Guan Eng sedang berlangsung di mahkamah," katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu ulasan bertulis daripada dua agensi penting berhubung kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong dasar laut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan projek berkenaan.

Menurutnya, projek itu boleh dilaksanakan tertakluk kepada pematuhan pelbagai syarat teknikal yang mana, Mesyuarat Exco mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari serta Penang Infrastructure Corporation untuk mendapat ulasan bertulis tersebut.

Projek terowong dasar sepanjang 6.5 kilometer dan tiga jalan utama merupakan salah satu projek yang terkandung dalam Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai keseluruhan RM46 bilion.

CZC dilaporkan telah menyelesaikan kajian kebolehlaksanaan pada akhir tahun 2020 selepas tertangguh selama empat tahun dan diserahkan kepada kerajaan negeri pada Disember tahun yang sama.

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dijalankan bermula pada Disember 2014 dan sepatutnya siap pada 2016 namun tertangguh kerana pelbagai faktor.

Dilaporkan bahawa CZC telah membentangkan draf laporan kebolehlaksanaan pada September 2019 dan ia telah dipinda dengan penambahbaikan berdasarkan semakan pelbagai agensi berkaitan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... terowong-dasar-laut
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065406 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list