CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2,309 guna kemudahan VTL Pulau Pinang-Singapura

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode


GEORGETOWN: Seramai 2,309 individu telah memasuki Pulau Pinang menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi Udara (VTL) Pulau Pinang-Singapura dalam tempoh antara 16 hingga 27 Mac lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai enam individu didapati positif Covid-19 dan mereka telah menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja dikesan positif wabak berkenaan.

“Seramai 2,309 orang memasuki Pulau Pinang menggunakan VTL dan jumlah penerbangan yang direkodkan dalam tempoh yang sama ialah 21 penerbangan.

“Dengan pembukaan sempadan antarabangsa pada 1 April nanti, maka VTL juga tidak lagi relevan dan orang ramai yang ingin memasuki Pulau Pinang perlu menggunakan prosedur yang ditetapkan dan berlainan daripada VTL,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan VTL melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang juga dijangka menerima pertambangan jumlah pelancong asing secara berperingkat selepas pembukaan sempadan negara 1 April ini.

“Kita tidak dapat jangka pelancong akan datang terus ke Pulau Pinang selepas sempadan dibuka kerana pengembara juga perlu merancang perjalanan mereka.

“Kita jangka mereka akan datang secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu selepas sempadan negara dibuka,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, Pulau Pinang turut menjadi pilihan utama pelancong domestik untuk melancong ketika sempadan negara masih belum dibuka.

“Hotel-hotel terutama di kawasan pantai peranginan menerima tempahan yang tinggi dalam kalangan pelancong domestik dan kami gembira apabila Pulau Pinang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.092630 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list