CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Pahang] Pahang benar berbuka di padang

[Copy link]
Post time 29-3-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk bukan Islam menyertai program berbuka puasa di padang awam. - Foto hiasan NSTP/AMRAN HAMID

KUANTAN: Kerajaan Pahang membenarkan berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, di sini.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan muktamad masih tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita kena dapatkan pandangan dan nasihat daripada MKN terutama daripada segi prosedur operasi standard (SOP) kerana kerajaan negeri menyokong berbuka puasa di padang MBK1.

"Terpulang kepada MKN dan mungkin diluluskan, mungkin tidak lulus. Kalau lulus, mungkin kena patuhi syarat SOP dan sebagainya," katanya.

Penularan COVID-19 sejak 2020 menyebabkan berbuka puasa beramai-ramai tidak dibenarkan dalam usaha menyekat wabak terbabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.098412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list