CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1490|Reply: 0

Tukang jahit 'rancak' terima tempahan baju raya

[Copy link]
Post time 5-4-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Tukang jahit 'rancak' terima tempahan baju raya


(Sharmila (kanan) menyiapkan tempahan baju pelanggan di premisnya di Meda MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. - Foto/Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Fasa peralihan ke endemik mulai bulan ini merancakkan lagi pelbagai aktiviti ekonomi, sekali gus turut memberi kelegaan kepada usahawan industri fesyen untuk terus berkembang pesat.

Bagi tukang jahit, kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini memang ditunggu-tunggu selepas dua tahun industri itu agak suram berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kurang menerima tempahan baju raya.

Tinjauan BH ke bangunan MARA, Jalan Raja Laut, nampak lebih meriah termasuk dilihat ramai tukang jahit sedang sibuk dan tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan untuk digayakan di pagi Syawal.

Pemilik GAZ Boutique, Sharmila Abdullah, 47, menarik nafas lega dan yakin tahun ini jumlah pendapatannya meningkat apabila ramai membuat tempahan selepas industri ini tidak banyak ketika pandemik.

"Ketika ini, tempahan sudah ditutup selepas dibuka sejak November. Tempahan mula banyak pada Januari dan Februari lalu.

"Jadi, pada pertengahan Mac, kami sudah berhenti menerima tempahan jahitan.

Pada Januari 2019, tempahan diterima tidak begitu banyak dan tahun ini kembali meningkat," katanya.

Namun, katanya, masih ada membuat tempahan pada saat akhir kerana tidak dapat berhari raya dan balik kampung.

"Kami banyak terima tempahan serentak mulai Februari lalu. Sebagai tukang jahit, jadi terkejut menerima tempahan dalam jangka masa singkat.

"Ketika awal pandemik COVID-19 pada 2019, kami sempat mendapat tempahan baju raya sebelum PKP dilaksanakan kerana ramai menempah antara Januari sehingga Mac.


Tukang jahit menarik nafas lega tempahan baju raya selepas dua tahun industri fesyen suram akibat pendamik. - Foto/Hazreen Mohamad

"Cabaran amat hebat, kami menyiapkan baju ditempah hanya di rumah kerana premis tidak dibenarkan beroperasi dan selepas siap, kami menggunakan perkhidmatan pos untuk hantar baju pelanggan.

"Pelbagai kesukaran apabila pihak berkuasa berada di mana-mana dan meminta bukti surat perjalanan untuk ke semua kawasan.

"Bagi tahun kedua pandemik berbeza kerana pelanggan tak sempat membuat tempahan disebabkan PKP berlanjutan dari 2019 sehingga 2021 dan premis masih tidak beroperasi menyebabkan pendapatan semakin berkurang.

"Tetapi, kami dibenarkan beroperasi dua bulan sebelum raya, di situ sempat menerima tempahan walau tidak banyak seperti sebelum ini," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Pemilik butik Norikit Collection, Norlidah Khairudin, 47, berkata tempahan baju raya mula dibuka pada akhir November tahun lalu dan sudah ditutup pada awal Mac lalu berikutan dalam masa empat bulan semua tempahan sudah penuh.

"Kebanyakan tempahan diterima daripada pelbagai peringkat usia dan paling ramai kalangan bujang antara tiga hingga empat pasang.

"Ada juga tempahan banyak untuk seisi keluarga. Mereka ternyata teruja kembali dapat menyambut Syawal dan dapat bergaya di pagi mulia.

"Kebanyakan fesyen bercorak polkadot dan rekaan klasik masih menjadi pilihan pelanggan. Kami menerima banyak tempahan rekaan kurung Kedah dan kurung Kedah moden, selain bersulam dan berwarna pastel," katanya.

Beliau yang menyediakan perkhidmatan tempahan baju raya sejak 1997 di Bangunan MARA, berkata walaupun tempahan baju raya sudah ditutup pada awal Mac, masih ada pelanggan yang menghubunginya untuk menghantar baju untuk dijahit," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... -tempahan-baju-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.091974 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list