View: 8226|Reply: 18
|
MANDI WILADAH... especially utk org pompuan nih
[Copy link]
|
|
Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan bersama............Insya- ALLLAH..
Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.
Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua' lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....
Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini.....
Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.
Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala".
Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah
Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.
Wallahua'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Berkenaan mandi wiladah hukumnya adalah wajib selepas seorang wanita melahirkan anak, tetapi jika sekiranya seorang wanita tidak mandi wiladah dan hanya mandi wajib selepas habis darah nifas maka terangkatlah kedua2 kewajipan mandi tersebut walaupun wanita tersebut tidak tahu bahawa mandi wiladah itu adalah wajib. Sebab itu menuntut ilmu adalah merupakan wajib bagi muslimin dan muslimat... Adalah diharapkan muslimin muslimat dapat merujuk kepada para alim ulama' yang muktabar jika sekiranya menghadapi apa-apa kemusykilan... Sekian terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye aku pon baru tau pasal mandi wiladah nie..
tu pon kawan aku yg bagitau..rupe-rupenye bende dah belajar dah time sekolah rendah agama dulu, tp almaklumlah..dah lame, lupela..
insyaAllah, next time kalau bersalin lagi takkan lupa untuk menunaikan mandi wiladah nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok..
just untuk peringatan kaum2 ibu dekat sini |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa apa y aku belaja n ilmu y aku tau.
text bawah ni ada kekeliruan
"..bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar....."
mandi wiladah ni mmg wajib. jika n hanya jika lpas bsalin tu xde kuar darah nifas.
tp kalo da lepas bersalin kuar darah nifas, nak mandi wajib cmne sbb masih dlm keadaan hadas besar. so kene la mandi wajib lpas darah nifas tu kering. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# kazaraf
aku pun punya pgtahuan cam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
baru terbaca thread ni. tq TT sebab sekarang saya baru lepas bersalin. jahilnya saya, baru teringat tetang benda ni, baru sekarang nak cari balik info pasal ni. tadi dok cari2, terjumpa ni..ni saya copy n paste kat bawah ni...
MANDI WILADAH
Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?
Jawapan;
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..skrg dah faham..thanks |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan dr pejabat mufti selangor
Jawapan : Siri 117
Masalah puan ini ada tiga keadaan :-
i. Seorang melahirkan anak dalam keadaan kering dan tiada nifas.
ii. Seorang melahirkan anak dalam keadaan basah dan tiada nifas.
iii. Seorang melahirkan anak dalam keadaan basah dan ada nifas.
1. Dalam kes (i) selepas sahaja bersalin (melahirkan anak), wajib mandi wiladah (lahirkan anak) dan tunaikan solat serta ibadah wajib lain.
2. Dalam kes (ii) juga selepas sahaja melahirkan anak, wajib mandi wiladah (lahirkan anak) dan tunaikan solat serta ibadah wajib yang lain.
3. Dalam kes (iii) tidak perlu mandi wiladah dulu kerana masih berhadas besar iaitu nifas masih keluar. Puan wajib mandi nifas sahaja setelah nafas itu kering. Ini bermakna mandi tersebut sekaligus akan mengangkat dua perkara tersebut (wiladah dan nifas) dengan berniat satu sahaja iaitu mandi mengangkat hadas nifas dan tunaikan solat dan ibadah wajib yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
berapa jarak masa untuk mandi wiladah tu selepas melahirkan anak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# shida81
saya x berapa paham la..bersalin dalam keadaan basah?means dalam keadaan berdarah atau penuh dgn cecair ketuban?saya x berapa paham..leh xplain bg jelas sket x?tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply shida81
saya x berapa paham la..bersalin dalam keadaan basah?means dalam keadaan berdarah ...
tenderfly Post at 26-9-2010 19:43
alamak sy pun x berapa jelas, mungkin kot...cuba tanya pejabat mufti selangor... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la... udah ada kesedaran... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tahu waktu lepas lahir anak pertama... |
|
|
|
|
|
|
|
hUhUhU....
barU taw..
hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Good info bg sy kerana akan melahirkan anak x lama nt....tp sy pelik la kenapa hal2 sebegini x de diterangkan semasa krusus perkahwinan....
bg sy module krusus kahwin sepatutnya di rombak n byk perkara2 penting harus diterapkan...mmg la perkara2 ni mungkin dah di ajar sewaktu sekolah n bonus bg yg bersekolah agama tp waktu sekolah kita menghafal n blaja sbb nak lulus peksa....tp bila berkahwin ianya bkn sekadar lulus peksa je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Good info bg sy kerana akan melahirkan anak x lama nt....tp sy pelik la kenapa hal2 sebegini x de diterangkan semasa krusus perkahwinan....
bg sy module krusus kahwin sepatutnya di rombak n byk perkara2 penting harus diterapkan...mmg la perkara2 ni mungkin dah di ajar sewaktu sekolah n bonus bg yg bersekolah agama tp waktu sekolah kita menghafal n blaja sbb nak lulus peksa....tp bila berkahwin ianya bkn sekadar lulus peksa je.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|