View: 6004|Reply: 6
|
Datuk Sosilawati mati dibunuh?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik,Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkanhilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayaididalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakanindividu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niagatanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orangkenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanahbernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyaibanyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasikeempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual belitanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporanpolis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepasmengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belumditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu seringterlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubunganistimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawaibank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seoranglelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadijutawan itu.
Sementara itu, tinjauan ke rumah Sosilawati di TamanHarmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutupdan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggandikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apaperkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliaumemberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
ko nak post kat bod KL ke, atau kat bod current issue?
dah 2 kali aku jumpa posting mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis Sahkan Sosilawati dan 3 lagi Dibunuh dan Dibakar
Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.
Kes bunuh Sosilawati terkini (nurizspace.blogspot.com)
Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.
Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.
Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.
Terdapat spekulasi mayat mereka dibakar. Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.
"Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk," kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.
Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.
Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sume tumpu kt CI la ni..dr tadi lengang aje benang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
http://nurizspace.blogspot.com
Mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan petrol, satu kaedah tradisional amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit atau sejam.
Badan manusia yg sederhana mengambil masa kira kira dua atau tiga jam untuk membakar sepenuhnya apabila berada dalam sebuah keranda atau
relau, dgn kepanasan 1,100°C.
Kaedah tradisional ni yang berasal dari India, melibatkan penggunaan tahi lembu yang dilumur pada tubuh
dan mencurahkan minyak petrol utk dibakar.
Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat
meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat. Kesannya, hanya tinggal femur (tulang paha) dan tulang pelvis yg masih utuh.
Sumber : The Star |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# nuriz001
Macamana rupa loyer datuk ni ....encem ke dia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|