
Anggota polis membawa mayat ke Hospital Sibu.
SIBU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Igan dekat Tanjung Penasu di sini kelmarin.
Orang awam yang terkejut dengan penemuan mayat itu kemudian menghubungi polis.
Polis bertindak atas maklumat kemudian segera ke lokasi dan mengeluarkan mayat itu dari permukaan sungai.
Mayat terbabit kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
utusanborneo.com.my/2022/04/11 |