CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Kelantan] Upah RM800 seludup masuk mercun, seluar jeans

[Copy link]
Post time 14-4-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Seorang lelaki mengaku menerima upah sebanyak RM800 bagi penghantaran sejumlah 264 kotak mercun dan 425 helai seluar jeans bernilai RM52,500, dari pangkalan haram di Pasir Mas ke Kota Bharu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Superintendan Azhari Nusi berkata, perkara itu didedahkan suspek ketika soal siasat selepas ditahan di Sekatan Pintas Serongga dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pada 4.45 petang itu, anggota PGA7 menahan kereta jenis Naza Citra dipandu suspek, selepas dilihat mencurigakan.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan yang dipandu oleh suspek berusia 30 tahun itu menemukan sejumlah mercun dan pelbagai jenis seluar jeans, yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang dan ruangan but kenderaan.

"Kesemua barang yang dirampas dipercayai di seludup dari negara Thailand melalui pangkalan haram, untuk dipasarkan di sekitar Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, susulan itu pihaknya merampas kereta jenis Naza Citra bernilai RM17,000, 264 kotak pelbagai jenis mercun bernilai RM10,000 dan 425 helai seluar jeans bernilai RM42,500.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah berjumlah sebanyak RM69,500. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengesan pihak-pihak lain yang terbabit dalam kes ini dan tindakan lanjut akan dilakukan sekiranya menerima maklumat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mercun-seluar-jeans

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067027 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list