PENAMPANG: Polis giat mengesan suspek seorang lelaki yang didakwa menganggu serta cuba melarikan pelajar perempuan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian yang membabitkan seorang pelajar sekolah menengah itu turut ditularkan di media sosial baru-baru ini.
“Pihak polis sudah menerima laporan polis berkenaan kes ini dan satu kertas siasatan polis sudah dibuka mengikut Seksyen 8(1) (E) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.
“Polis juga giat mengesan suspek lelaki yang didakwa dalam kes ini dan kita juga mengerakkan semua elemen di lapangan bagi memaksimakan tahap keselamatan di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Haris berkata orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan spekulasi dan berita tidak sahih yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
“Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mana-mana pihak atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini agar menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088- 723961,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/04/15 |