CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Sarawak] Bil air tiba-tiba naik, walhal gangguan bekalan air asyik berlaku

[Copy link]
Post time 16-4-2022 12:11 AM | Show all posts |Read mode
SARATOK: Kira-kira 2,000 penduduk dari simpang Roban hingga Brayang yang bergantung kepada bekalan air bersih dan terawat dari Loji Rawatan Air Lichok berdepan sumber air tidak menentu sejak beberapa bulan lepas.

Situasi bertambah teruk pada 8 April lalu hingga jam 2 petang Jumaat apabila sesetengah kawasan terutamanya di kawasan Brayang, langsung tidak menerima air bersih.



TIBA-TIBA NAIK: Bil air yang disifatkan penduduk meningkat mendadak dari kadar biasa, walhal gangguan bekalan air kerap berlaku.

Penduduk Buli Mesa, 55, berkata, masalah air yang berlaku itu telah membebankan penduduk dan menjejaskan aktiviti harian mereka.

"Keadaan ini telah membelenggu penduduk sejak awal tahun ini, di mana beberapa kawasan rumah panjang di Brayang dan sebuah sekolah rendah telah terputus bekalan air bersih selama lebih seminggu.

"Di kawasan ini, terdapat empat rumah panjang merangkumi lebi 300 penduduk.

"Ada kawasan lain yang berada di kawasan rendah telah mendapat bekalan air, namun ia amat terhad iaitu sekitar satu atau dua jam sahaja sebelum ia terhenti," kata Buli.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media setelah masalah tersebut dibangkitkan di Facebook dan mendapatkan pelbagai respons nitizen, hari ini.

Menurut Buli, beberapa penduduk telah menghubungi pihak berwajib untuk memohon bantuan bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun tiada sebarang respons positif diterima.

Katanya, situasi itu amat mengecewakan penduduk yang berasa terpinggir seolah-olah masalah mereka tidak dipedulikan.

"Kami telah bertanya kepada petugas di loji Lichok dan mereka memaklumkan loji tersebut beroperasi seperti biasa dan tiada mengalami masalah.

"Perkara ini amat membingungkan penduduk, malah kawasan lain seperti pekan Roban, Sessang, Nyabor, Ulu Roban dan Kabong yang turut menggunakan perkhidmatan loji Lichok untuk membekalkan air bersih tidak pernah mengalami masalah gangguan air.

"Ada saudara kita yang tinggal di kawasan tersebut memaklumkan kepada kita bahawa sumber air yang disalurkan kepada mereka amat kuat dan memuaskan serta tidak pernah mengalami gangguan," ujar Buli lagi.


TIADA AIR: Buli menunjukkan pili air yang kosong dan tiada air sejak seminggu lalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Seni Berenggang, 51, berkata, keadaan ini mendatangkan kesukaran kepada keluarga yang mempunyai ramai ahli.

"Bagi keluarga saya, untuk mendapatkan air minuman, kami terpaksa membeli air mineral sejak masalah ini berlaku.

"Ini memerlukan kos perbelanjaan yang besar iaitu RM20 sehari dan ditambah dengan kos mencuci pakaian ke kedai dobi yang tidak kurang daripada RM10 sehari berdasarkan jumlah pakaian.

"Namun, apa yang lebih mengecewakan saya ialah bil air sepanjang masalah ini berlaku telah melambung naik.

"Sebelum ini, biasanya kami sekeluarga membayar bil dalam lingkungan RM10 ke bawah, namun pada bulan Mac lalu ia melambung naik kepada lebih RM20.

"Malah, ada penduduk rumah panjang sama telah menerima bil sehingga RM40 pada bulan lepas, sedangkan pada bulan tersebut, gangguan air amat kerap berlaku.

"Jika kita buka pili air pada masa tersebut, bukan air yang keluar, tetapi angin," jelas Seni.

Tambahnya, kini tong takungan air yang digunakan untuk mengisi air terutamanya bagi menampung keperluan pada waktu-waktu tertentu dan kecemasan telah habis, sekali gus menambahkan lagi beban penggunaan air kepada penduduk.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit berharap pihak berwajib dapat mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah itu.

Menurut mereka lagi, sistem paip di kawasan tersebut sudahpun dinaiktaraf dan sewajarnya tiada masalah yang begitu serius boleh berlaku lagi.


utusanborneo.com.my/2022/04/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.152868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list