View: 450|Reply: 2
|
[Terengganu]
Rezeki 10,000 buluh lemang
[Copy link]
|
|
MARANG 15 APRIL 2022 Mohd Shafie Sulong, 51, menunjukkan buluh lemang yang dijualnya. STR/NAZDY HARUN.
Marang: Daripada suka-suka, kini tanaman buluh yang diusahakan Mohd Shafie Sulong dari Kampung Mak Kemas di sini, memberi rezeki lumayan buatnya apabila mendapat permintaan menggalakkan orang ramai terutama pada Ramadan.
Penjawat awam berusia 51 tahun itu bermula dengan menanam 10 rumpun buluh di kebunnya kira-kira tujuh tahun lalu dan tanaman itu merimbun tiga tahun kemudian serta menjadi pilihan pengusaha lemang selain peniaga produk atau makanan berasaskan buluh.
"Saya pun tak sangka apabila buluh-buluh itu saya proses, potong mengikut ruas dan menjualnya di media sosial, ia mendapat sambutan yang menggalakkan.
"Bermula daripada situ, saya cuba menanam buluh dengan lebih banyak dan kini terdapat kira-kira 200 rumpun buluh yang boleh diambil saban tahun untuk dijual kepada pengusaha lemang (khususnya)," katanya yang turut dibantu isterinya Cik Norhayati Cheleh, 48, dan lima anak berusia 11 hingga 24 tahun.
Mohd Shafie berkata, permulaan jualan hanya membabitkan 1,500 buluh namun kini dia dapat menjual sehingga 10,000 buluh lemang pada Ramadan.
Katanya, setiap rumpun pokok boleh menghasilkan antara 30 hingga 50 batang buluh sebelum ia dipotong mengikut kemahuan pembeli.
"Permintaan tinggi daripada pengusaha lemang dari Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan selain negeri ini sendiri. Jika tidak cukup bekalan, saya akan dapatkan daripada pemborong di Hulu Selangor,
"Ada pengusaha lemang sanggup datang ke rumah untuk dapatkan bekalan buluh," katanya yang memberitahu buluh dipotong untuk saiz lemang dijual pada harga RM2 satu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -10000-buluh-lemang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mesti matt pn bakar lemang kan |
|
|
|
|
|
|
|
2 inggit murah sgt lah tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|