View: 403|Reply: 0
|
[Kelantan]
Cerai secara 'live', ibarat gadai maruah diri
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Perbuatan melafaz cerai secara langsung dalam talian disifatkan seolah-olah menggadaikan maruah diri dan perbuatan akhir zaman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu dielakkan.
"Penceraian adalah perkara yang tidak disukai Allah. Kita sepatutnya merasa malu melakukan perbuatan seperti itu dengan lafaz cerai dalam talian secara langsung.
"Mungkin juga mereka mahu menaikkan rating di laman sosial sehingga sanggup berbuat demikian, namun apa maknanya sehingga menggadaikan dan mengaibkan maruah diri sendiri.
"Perkara ini perlu dielak supaya tidak berulang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi.
Media sebelum ini melaporkan, seorang deejay dalam talian melafaz cerai talak tiga terhadap isterinya menerusi siaran langsung di laman sosial miliknya, Rabu lalu.
Lelaki berusia 53 tahun itu muncul bersiaran langsung selepas tujuh hari dilaporkan hilang sebelum mengakhiri siaran itu lafaz cerai talak tiga terhadap isterinya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-gadai-maruah-diri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|