CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar di Mukah ditipu penawaran kerja sambilan

[Copy link]
Post time 17-4-2022 11:21 PM | Show all posts |Read mode
MUKAH: Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerugian RM2,222 selepas ditipu penawaran kerja sambilan menerusi Facebook di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis Muhamad Rizal Alias berkata, wanita berusia 18 tahun itu melihat satu iklan halaman e-dagang yang menawarkan kerja sampingan sebagai kerani pemproses dalam talian, dengan pulangan komisyen yang lumayan iaitu 15 peratus daripada setiap barangan yang dibeli melalui Zalora.

Katanya, mangsa yang berminat mahu menjana pendapatan sampingan berhubung dengan seorang individu melalui aplikasi whatsapp nombor telefon yang diberikan

untuk tujuan pendaftaran dan arahan kerja selanjutnya.

“Mangsa kemudiannya diarahkan untuk membuat penambahan item pembelian melalui aplikasi Zalora dan cuma perlu menghantar gambar pembelian kepada nombor telefon yang diberikan.

“Bagi mendapatkan komisyen 15 peratus daripada setiap item yang dibeli, mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran pendahuluan dan dijanjikan pulangan komisyen 15 peratus beserta modal yang dikeluarkan.

“Mangsa yang terpedaya dan berharap akan mendapat pulangan, membuat transaksi pemindahan wang berjumlah RM 2,222 ke dalam dua akaun bank yang diberikan suspek atas nama individu tidak dikenali pada 15 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa mula menyedari ditipu apabila sering diminta untuk membuat pembayaran lain dan tidak menerima komisyen seperti yang dijanjikan.

Sehubungan itu, Muhamad Rizal menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran peluang pekerjaan bagi menambah penadapatan sampingan yang diiklankan melalui mana-mana media, khususnya melalui media sosial seperti facebook, instagram, telegram dan sebagainya.

Orang ramai juga dinasihatkan jangan sesekali memberikan maklumat perbankan seperti nombor akaun, nombor kad atm, nombor pin, id dan kata laluan perbankan dalam talian kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

“Maklumat perbankan tidak seharusnya didedahkan kepada sesiapa pun. Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek
melalui check scammers ccid atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

“Layari facebook jabatan siasatan jenayah komersil, Amaran Jenayah Siber Polis DiRaja Malaysia (CARP) dan jabatan siasatan jenayah komersil sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/04/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.034497 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list