CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 4

[Negeri Sembilan] Ibu dalam pantang tak mampu bayar sewa rumah

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Siti Rodhiah (duduk) bersama Aminur Al-Hafiz ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang masih dalam pantang diuji apabila berdepan masalah tunggakan sewa rumah selama lapan bulan, suami pula diberhentikan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Siti Rodhiah Kamaruddin, 38, yang baru melahirkan anak keempatnya pada 2 April lalu berkata, suaminya Aminur Al-Hafiz Roslee, 37, telah cuba mencari sumber pendapatan lain, namun masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Lebih menyedihkan, pasa­ngan yang dikurniakan empat orang anak lelaki berusia 16 hari hingga enam tahun itu diduga apabila anak sulungnya dikesan menghidap autisme yang kini dalam pemantauan pihak hospital, manakala anak ketiga berusia setahun ada masalah paru-paru.

“Sebelum ini, suami bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat penyelenggaraan lebuh raya dan kini hanya bergantung kepada kerja sambilan yang dibayar gaji secara harian untuk menanggung keluarga.

“Sehingga sekarang, suami masih belum mendapat tawaran kerja tetap walaupun telah berkali-kali dipanggil temu duga, wang simpanan pun sudah habis digunakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rhu, Sikamat di sini semalam.

Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) telah menyerahkan barang keperluan dan wang zakat kepada keluarga berkenaan.

Siti Rodhiah yang mempunyai kekurangan pada jari tangan dan kaki berkata, kini keluarganya hanya bergantung kepada pendapatannya sebagai guru Kelas Agama dan Fardu Ain sebanyak RM1,050 sebulan, namun tidak cukup.

“Saya juga ada menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400, duit itulah digunakan untuk bayar sewa rumah, kos perubatan, susu dan lampin pakai buang anak.

Sementara itu, nasib keluarga ini turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang turut menziarah dan menyampaikan bantuan wang tunai segera melalui amanah zakat.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh menghubungi Aminur Al-Hafiz di talian 016-964 3647 atau menerusi nombor akaun CIMB bank 7602865891.
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... u-bayar-sewa-rumah/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 02:49 PM | Show all posts
anak ketiga baru setahun, anak keempat baru lahir. maknanya dedua baby PKP, kena berhenti kerja masa awal PKP.. Hmmm ... semoga dipermudahkan la urusan korang
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 10:18 AM | Show all posts
nasihat sy,... ya masih blm terlambat. jgn la tambah lagi anak. kesian weh anak tpaksa hidup serba kekurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian juga ye..nasib baik ada elaun cikgu KAFA.
Sama kes dgn penyewa rumah saya dulu,lebih kurang 8 bulan tak bayar sewa  sebab kehilangan kerja masa pkp.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu KAFA tu selalunya ada kelayakan, dan ada yg graduate. Sebab ada anak2 kecil  , tak boleh buat kerja sambilan. Mungkin masa suami masih berkerja hidup ok   sekarang pula kerja tak tetap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.181004 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list