View: 407|Reply: 1
|
[Pulau Pinang]
Pemilihan PKR Cabang Bayan Baru kecoh berebut pengundi
[Copy link]
|
|
BAYAN LEPAS: Pemilihan PKR Cabang Bayan Baru kecoh seketika apabila dua kumpulan penyokong calon ketua Bayan Baru saling berebut pengundi sehingga menyebabkan pertikaman lidah, di sini, hari ini.
Proses pengundian untuk jawatan ketua cabang di Setia Spice Arena, Bayan Baru, di sini, menyaksikan pertembungan antara Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Perselisihan faham yang berlaku kira-kira lima minit dipercayai dicetuskan penyokong Abdul Halim itu bagaimanapun pantas dileraikan rakan penyokong masing-masing.
Seorang peraih undi yang terbabit dalam kekecohan itu berkata, seorang lelaki cuba 'mencuri' pengundinya sehingga menyebabkan suasana sedikit tegang dan kecoh.
"Mereka mahu ambil pengundi kita yang baru sampai dan terus dibawa masuk ke dalam kumpulan mereka, mana boleh begitu," kata lelaki itu yang tidak mahu namanya didedahkan.
Abdul Halim ketika diminta mengulas insiden itu menyifatkan ia situasi normal untuk meraih undi dan tidak membabitkan kontak fizikal.
"Kita di sini ada pondok panas dalam jarak 200 meter dari tempat mengundi dan saya melihat proses pengundian mengikut peraturan serta dipantau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)," katanya.
Sementara itu, Tze Tzin melihat pemilihan semalam sebagai persaingan persahabatan sebagai meraikan demokrasi dan pihaknya sentiasa berusaha untuk melancarkan proses itu untuk kemudahan pengundi.
"Mungkin ada beberapa orang muda yang tidak tahu budaya PKR, tetapi tidak mengapa kerana saya sudah meminta Abdul Halim mengawal penyokong beliau dan semuanya selesai selepas itu.
"Memang ada peraturan yang ditetapkan dengan JPP membuat lawatan dan mereka bersetuju dengan cara ini," katanya.
Kira-kira 200 pengundi membanjiri Setia Spice Arena setakat jam 12.30 tengah hari dan berdasarkan rekod terdapat 9,983 ahli PKR berdaftar membabitkan kawasan cabang Bayan Baru.
Keputusan bagi kepimpinan cabang akan diumumkan pada 23 Mei ini, manakala jawatan Timbalan dan Naib Presiden pada 26 Jun iaitu sehari selepas kongres kebangsaan parti pada 24 dan 25 Jun.

Abdul Halim (dua dari kiri) dan Tze Tzin (kanan) hadir pada pemilihan PKR bagi Ketua Cabang Bayan Baru di Setia Spice Arena, Bayan Baru, hari ini. NSTP/MIKAIL ONG
https://www.bharian.com.my/berit ... oh-berebut-pengundi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|