View: 400|Reply: 0
|
KL City buat Sarawak gigit jari
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/sapuka_1652796996.jpg)
Penyerang KL City, Kevin Koubemba (tengah) diasak pemain Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri malam ini. - FB KL City FC
KUALA LUMPUR: Sarawak United terus kempunan untuk merangkul kemenangan di tempat sendiri apabila tewas 2-1 di tangan KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.
Selepas enam perlawanan, mereka tewas lima perlawanan dan hanya mengutip satu mata di laman sendiri dalam saingan liga manakala skuad Warga Kota meraih kemenangan pertama di tempat lawan musim ini.
Ini juga kemenangan kedua berturut-turut buat skuad bimbingan Bojan Hodak sekali gus menjadi pengubat duka selepas mereka dihadiahkan kekalahan berganda sebelum itu.
Penguasaan awal dimiliki KL City dengan beberapa percubaan yang nyaris membuahkan hasil khususnya menerusi Kevin Koubemba pada minit kesembilan disusuli percubaan Zhafri Yahya pada minit ke-13.
Ketika KL City menikmati penguasaan bola, hanya satu 'peluru' diperlukan tuan rumah untuk merobek gawang KL City apabila rembatan deras S Chanturu daripada luar kotak penalti menewaskan Kevin Mendoza pada minit ke-14.
KL City terpaksa menunggu sehingga minit ke-35 untuk mengikat kedudukan selepas Paulo Josue yang dibiarkan 'berkeliaran' menyudahkan hantaran Zhafri untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Bersambung babak kedua, Sarawak berpeluang kembali di depan pada minit ke-54 namun percubaan Nur Shamie Iszuan Amin ketika dalam situasi satu lawan satu gagal dimanfaatkan dengan baik apabila tersasar ke tepi gol.
KL City juga memiliki peluang menerusi sepakan sudut namun hantaran yang kurang baik menyebabkan gawang Sarawak gagal untuk diancam pemain pelawat.
Gandingan dua pemain gantian membuahkan hasil selepas hantaran Hadin Azman disudahkan J Partiban untuk gol kemenangan KL City pada minit ke-88.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -sarawak-gigit-jari |
|
|
|
|
|
|
| |
|