CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guru didakwa guna syarikat sendiri bekal barang kepada sekolah

[Copy link]
Post time 18-5-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Guru didakwa guna syarikat sendiri bekal barang kepada sekolah

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 18, 2022 @ 11:59am  [email protected]




Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Hazlina Kasah, 46, hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, dihadapkan atas dua pertuduhan mendapatkan suapan berhubung pembelian beberapa peralatan sekolah bernilai hampir RM3,000 pada 2017




BUTTERWORTH: Seorang guru wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, atas dua pertuduhan mendapatkan suapan hampir RM3,000 membabitkan pembelian beberapa peralatan sukan daripada sebuah syarikat pengurusan acara pada lima tahun lalu.

Tertuduh, Hazlina Kasah, 46, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pegawai Pendidikan Siswazah Gred 48 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk membeli pelbagai peralatan sukan bernilai RM2,353.66 daripada syarikat Hazwan Event Management yang juga adalah syarikat miliknya pada 17 Oktober 2017.

Bagi pertuduhan kedua pula, guru yang ketika ini Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu, didakwa menggunakan syarikat sama untuk membeli kelengkapan sukan bernilai RM522.66 pada 19 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Mohamad Azlan memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya jaminan dapat dikurangkan kerana dia perlu menyara lima anak berusia antara sembilan dan 20 tahun yang masih bersekolah, selain perlu menanggung ibunya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh dikenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan, melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan tidak dibenarkan mengganggu saksi kes.

Mahkamah menetapkan 27 Jun depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.727254 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list