CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kelantan] Pecah tanah projek empangan hidroelektrik pertengahan Jun

[Copy link]
Post time 22-5-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode

TAKIYUDDIN Hassan (kiri) menandatangani plak dan gimik pelancaran Pintu Gerbang Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED

  

KOTA BHARU: Projek empangan hidroelektrik di Nenggiri, Gua Musang bermula dengan pecah tanah pada pertengahan Jun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan itu ia akan memulakan kerja-kerja secara agresif yang bukan sahaja untuk tenaga elektrik tetapi jkepada bekalan air bagi pertanian.

“Pecah tanah itu dilakukan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Jadi selepas itu projek itu akan bermula dan dijangka siap mengikut jadual ditetapkan yang akan dimajukan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Selain  itu ia adalah satu tebatan banjir dan cukup penting kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di Jamuan Aidilfitri bersama XCFU Zone dan Gimik Pelancaran Pintu Gerbang Pasar Malam Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Empangan yang dijangka beroperasi pada 2026 itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) kepada Grid Nasional apabila siap kelak.

Terdahulu, Takiyuddin yang merasmikan Pintu Gerbang Pasar Malam Wakaf Che Yeh berkata, pasar tersebut adalah tempat perniagaan yang tidak asing lagi di Kota Bharu dan di negeri ini.

Katanya, sebagai salah satu pusat pelancongan, pengurusan pasar awam itu mengambil pelbagai langkah untuk menaikkan kembali tahap kemudahan serta fasiliti perniagaan di kawasan tersebut. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ik-pertengahan-jun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092025 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list