CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Pahang] Lelaki cuba culik kanak-kanak berusia empat tahun diberkas

[Copy link]
Post time 23-5-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI warga Myanmar  diberkas orang awam setelah cubaannya menculik kanak-kanak berusia empat tahun di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3, di Kuantan, Pahang. - IHSAN PDRM KUANTAN

   
KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar ditangkap kerana dipercayai cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerusi unit kenderaan pelbagai guna (MPV) polis ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Ketika tiba di lokasi, bapa mangsa yang menangkap suspek menyerahkannya kepada polis.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam cubaan untuk melarikan seorang kanak-kanak Melayu dari rumah berhampiran. Suspek dikejar oleh ayah mangsa dan seterusnya ditahan dengan bantuan orang awam berdekatan dengan lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Zahari berkata, bapa mangsa yang merupakan seorang penjual ketam nipah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, hasil laporan dibuat, bapa mangsa memaklumkan ketika kejadian, dia terdengar bunyi jeritan isterinya mengatakan anak bongsu mereka dilarikan lelaki tidak dikenali.

“Bapa mangsa mengejar suspek dan menangkapnya yang kemudiannya bertindak melepaskan mangsa. Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tangkapan semula,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, polis merampas sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa.

“Suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan proses reman dilakukan pegawai penyiasat hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 d iatas cubaan melarikan orang dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... pat-tahun-diberkas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.502672 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list