CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Kelantan] Rumah terbakar, 3 keluarga orang asli tiada tempat tinggal

[Copy link]
Post time 23-5-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode

KEBAKARAN di Pos Hau Gua Musang. FOTO Ihsan Bomba

Gua Musang: Tiga keluarga Orang Asli tinggal sehelai sepinggang apabila tiga rumah kayu didiami mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Galang, Pos Hau di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, dua rumah musnah 100 peratus, manakala sebuah lagi 25 peratus.

"Seramai sembilan anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.36 petang dan api berjaya dikawal pada 8.45 malam.

"Kejadian kebakaran ini tidak membabitkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Pada masa ini pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, anggotanya mengalami kesukaran berikutan perlu melalui jalan balak dan ladang sebelum tiba di lokasi satu jam setengah selepas itu.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron ketika dihubungi mengesahkan kejadian kebakaran menimpa penduduk Orang Asli itu dan bantuan segera sudah diberikan kepada mangsa terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iada-tempat-tinggal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.040843 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list