CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Kelantan] Dua das tembakan dilepas ke arah rumah

[Copy link]
Post time 24-5-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

KESAN tembakan di rumah mangsa. FOTO Ihsan Polis

Kota Bharu: Polis sedang mengesan dua suspek yang melepaskan dua das tembakan di sebuah rumah di Kampung Bechah Keranji, Melor di sini, pagi semalam.

Pada kejadian 4 pagi semalam, dua das tembakan yang dipercayai daripada senapang angin yang dilepaskan terkena cermin pintu gelangsar rumah mangsa dan cermin kenderaan milik seorang ahli keluarganya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 30 tahun sedang tidur sebelum terdengar bunyi kuat seakan tembakan di luar rumah.

"Pengadu bangun untuk membuat pemeriksaan di luar rumah dan terdengar bunyi tembakan kali kedua sebelum ternampak bayangan dua lelaki memegang lampu suluh melarikan diri.

"Pemeriksaan mendapati cermin pintu gelangsar, pecah dan terdapat lubang sebesar guli di cermin Toyota Hilux milik abang ipar mangsa.

"Menurut mangsa lagi, dia melihat suspek menyuluh ke arah rumah jiran yang kosong yang jaraknya kira-kira 15 meter dari rumahnya," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, mangsa yang bertugas sebagai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras pulang ke kampung untuk menguruskan urusan keluarga.

Mangsa tidak mengesyaki sesiapa yang terbabit dengan kejadian, malah mengakui tiada sebarang masalah hutang atau pergaduhan dengan mana-mana pihak.

"Berdasarkan pernyataan pengadu, tembakan yang dilepaskan dipercayai menggunakan senapang angin dan kami masih siasat motif kejadian.

"Suspek juga sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepas-ke-arah-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.497665 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list