View: 1299|Reply: 11
|
[Politik]
‘Kalau pemimpin Umno berani, pergilah menghadap Seri Paduka'
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz berpendirian bahawa adalah tidak sopan bagi mana-mana pemimpin Umno untuk terus menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan pilihan raya awal.
Bercakap kepada Sinar Harian, Nazri berkata keputusan untuk membubarkan Dewan Rakyat terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Justeru, katanya, desakan supaya pilihan raya umum segera diadakan adalah tidak wajar kerana ia menyentuh kuasa Baginda.
“Sepanjang pengalaman saya menjadi menteri selama lebih 10 tahun, perdana menteri yang lepas tidak pernah membincangkan tarikh pelaksanaan PRU dalam kabinet. Ini kerana mereka menghormati bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.
"Namun baru-baru ini, buat pertama kalinya isu ini dibincangkan secara terbuka oleh kepimpinan Umno.
"Pandangan saya mudah, kalau pucuk kepimpinan Umno hendak sangat PRU segera, pergilah menghadap Seri Paduka. Hasil keputusan daripada pertemuan itu kemudiannya maklumkan sahaja kepada perdana menteri...Kalau mereka beranilah," kata Nazri.
Susulan kejayaan BN pada pilihan raya negeri Johor pada Mac lalu, beberapa pemimpin Umno menggesa Ismail Sabri supaya menyegerakan pilihan raya umum bagi menyaingi momentum BN sekarang.
Penggal Parlimen semasa tamat pada 16 Julai 2023.
Semasa konvensyen BN ke-48 pada 1 Jun lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri menggesa ribuan yang hadir di Dewan Merdeka di PWTC, Kuala Lumpur supaya bangkit menunjukkan sokongan terhadap pilihan raya awal.
Selain Nazri, tokoh kanan Umno lain yang tidak bersetuju pilihan raya umum segera diadakan adalah Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin.
Annuar mempersoalkan jika BN sudah benar-benar bersedia untuk pilihan raya di peringkat nasional manakala Khairy berhujah bahawa BN akan melakukan lebih baik dalam pilihan raya apabila situasi pandemik Covid-19 semakin reda dan ekonomi semakin pulih.
https://www.malaysiakini.com/news/623939
|
|
|
|
|
|
|
|
Location semasa heols kat mana? Teman anak tadika ke? Ke dah masuk darjah 1?
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 9-6-2022 01:00 AM
https://youtu.be/r4ejZh1c7_c
Dia ni mmg betul2 semangat buat video nganjing jibby n wak jahit ek..
Klaka pula tgk dia ulang2 skrip sama..
Collect duit jd YTuber ke cmne![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-6-2022 11:02 PM
Location semasa heols kat mana? Teman anak tadika ke? Ke dah masuk darjah 1?
salah bod...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Semua MP umno yg nk PRU letak jawatan beramai ramai..Insya Allah PRU boleh berlaku..
apa lagi? kata utk kebaikkan rakyat..ini lah masanya ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur ada Dap utk dijadikan kambing hitam..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202206/08/193116zopdlo7cpcc8c7on.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Pencacai tersenyum sinis ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 9-6-2022 12:42 AM
Dia ni mmg betul2 semangat buat video nganjing jibby n wak jahit ek..
Klaka pula tgk dia ulang2 s ...
Tatau sisturr.
Tiktok live dia tempohari dapat 116k+ Likes, so kalo Youtube tu monetized & trafik lebat maybe boley idop gak tanggong anak kembor 2 ekor..
https://www.tiktok.com/@kingmake ... 7104998920245333275 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 9-6-2022 11:00 AM
Tatau sisturr.
Straight rupanya heshe? Ingatkan gay. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 9-6-2022 07:04 PM
Straight rupanya heshe? Ingatkan gay.
Sekali tembak pon dapat 2.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|