CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis rampas arak, suami isteri ditahan

[Copy link]
Post time 9-6-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri warga Myanmar dan merampas pelbagai jenis minuman keras bernilai RM118,691 termasuk cukai yang disimpan dan diniagakan tanpa kebenaran dalam dua serbuan Op Kontraban di Taman Nagasari, Perai di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, sepasukan Unit Risikan Marin (URM) menyerbu dua premis berkenaan pada 11 pagi.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama ke atas sebuah rumah dua tingkat di taman berkenaan, polis menahan pasangan berusia 30 dan 40 tahun itu selepas menemukan 1,272 tin minuman keras pelbagai jenama di dalam rumah itu dan dalam serbuan susulan di sebuah rumah di taman yang sama sebanyak 3,960 tin lagi arak pelbagai jenama ditemukan.

Menurutnya, kesemua 5,232 tin arak yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM118,691 termasuk cukai dan pemeriksaan mendapati pasangan itu tidak mempunyai lesen untuk menjual dan menyimpan semua minuman keras berkenaan.

Shamsol berkata, pasangan itu mengaku semua minuman keras itu adalah milik mereka dan dua rumah berkenaan memang dijadikan sebagai stor menyimpan arak.

Katanya, pasangan itu direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Beliau seterusnya meminta kerjasama orang ramai membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, dadah dan pendatang asing dengan menelefon 04-6558222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uami-isteri-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.426922 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list