CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Kedah] Bantu ibu jual nasi lemak tampung rawatan kanser

[Copy link]
Post time 12-6-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Padang Terap: Niat murni seorang wanita membantu menyara keluarganya berubah sekelip mata apabila dia disahkan menghidap leukemia sejak Januari lalu.

Siti Nurain Rosli, 20, yang turut mempunyai masalah penglihatan mata kiri sejak lahir sebelum ini bekerja sebagai pekerja am di ladang getah di sini namun diberhentikan kerja sementara waktu sejak disahkan menghidap penyakit itu.

Katanya, sebelum itu kerap demam, pening dan pitam serta muntah darah menyebabkan dia dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang untuk menjalani pemeriksaan.

"Kes saya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut selepas doktor memaklumkan darah putih saya kurang dan kanser yang dialami sudah merebak 60 peratus.

"Saya dimasukkan ke wad selama 36 hari dan menjalani rawatan termasuk kemoterapi untuk membantu memulihkan keadaan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Sanai, di sini semalam.

Menurutnya, dia kini membantu ibunya, Siti Mariam Abdul Wahab, 36, menjual nasi lemak dan membuat penghantaran dari rumah ke rumah mengikut tempahan.

Katanya, setiap pagi dia akan bangun awal jam 4 pagi untuk memasak dan membungkus nasi lemak sebelum mula menghantarnya dengan menunggang motosikal pada 7 pagi.

"Wang diperolehi hasil jualan nasi lemak inilah saya gunakan untuk berulang alik ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

"Ayah saya, Rosli Ismail, 49, hanya bekerja kilang di daerah ini dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan dan tidak cukup menampung kehidupan kami sekeluarga manakala ibu pula tidak bekerja. Saya mempunyai dua lagi adik dan seorang daripadanya masih bersekolah manakala yang bongsu baru berusia tiga tahun," katanya.

Siti Nurain berkata, dia nekad untuk kuatkan diri biarpun diuji penyakit berkenaan demi membantu keluarga.

"Kadang-kadang ayah pinjamkan kereta daripada ahli keluarga atau kawan dia tetapi kalau dia kerja, saya akan minta rakan yang ada kereta tolong hantarkan dan beri sedikit duit minyak mereka.

"Selain kos ulang alik, saya juga perlu membayar bil hospital untuk menjalani kemoterapi serta ubat-ubatan yang diberi doktor," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang melalui akaun bank atas nama Siti Nurain 2-00-5061-00021861-3 (Agro Bank).

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi pesakit itu turut menyampaikan sumbangan barangan dapur serta telekung, susu formula khas dan wang tunai kepada Siti Nurain untuk memberi sokongan kepadanya.


Pesakit kanser leukimia, Siti Nurain Rosli (kiri) berbual dengan Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkaitan penyakit yang dihidapinya di rumahnya di Kampung Padang Sanai. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atan-kanser-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048194 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list