View: 1365|Reply: 13
|
Berangan Nak 105 Anak- Baru Ada 22, Wanita Dah Buntu Macam Mana Nak Besarkan Sebab Suami Masuk Penjara
[Copy link]
|
|
Istanbul: Seorang ibu yang mempunyai 22 anak dan mengimpikan untuk membina keluarga dengan 105 anak kini buntu untuk membesarkan semua anaknya bersendirian.
Ini kerana suaminya, Galip Ozturk yang memiliki syarikat bas antara bandar Metro Turizm ditahan pihak berkuasa dan berdepan tuduhan berkaitan pengubahan wang haram, lapor Daily Star.
Kristina, bekas penari, mempunyai 22 anak biologi yang dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/14/095159t63jq9rx6xgx3r6g.png) Foto: Agensi
Galip melarikan diri dari Turki ke Georgia pada 2018 selepas mahkamah rayuan meluluskan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya kerana mengarahkan pembunuhan seorang lelaki bernama Kuvvet Koseoglu pada 1996.
Namun masa depan mereka kelihatan lebih tidak menentu sekarang selepas ahli perniagaan Turki itu ditangkap oleh pihak berkuasa Georgia pada 31 Mei di Batumi, bandar kedua terbesar di Georgia.
Saluran TV Mtavari menunjukkan rakaman pasukan khas menyerbu sebuah hotel yang dimiliki Ozturk di hab perdagangan tepi laut yang bersempadan dengan Turki.
Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan atas tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan pemalsuan dokumen, kata jurucakap Kementerian Kewangan Nato Natroshvili dalam satu kenyataan akhbar.
Kristina, 24, kerap menyiarkan gambar pasangan itu dan anak-anak mereka di Instagram dan menyiarkan betapa sukarnya dia berikutan penahanan suaminya.
Pasangan itu mendedahkan bagaimana mereka membelanjakan 138,000 Pound Sterling (kira-kira RM748,000) kepada ibu tumpang untuk mempunyai 20 bayi bersama dalam masa setahun.
Pasangan itu mengeluarkan 67,700 Pound Sterling (kira-kira RM367,132) setahun untuk 16 pengasuh yang menjaga bayi mereka 24 jam.
Kristina membelanjakan 4,000 Pound Sterling (RM21,690) seminggu untuk barangan keperluan bayi termasuk 20 beg lampin dan 53 pek susu formula bayi.
Berasal dari Rusia, Kristina bertemu Galip pada lawatan pertamanya ke luar negara di Georgia.
Kristina dan suaminya mendedahkan bagaimana mereka berdua bermimpi untuk mempunyai keluarga yang besar, tetapi ia mengubah hidup mereka dengan ketara.
"Saya tidak pasti sama ada kami akan menjadi keluarga terbesar di dunia, tetapi kami pasti merancang untuk menjadi keluarga paling bahagia di dunia," katanya kepada Fabulous. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ingat lagi masa artikel dorang mampu ada 20 anka ramai2 komen cakap mampu takpe la, ni roda berputar terus terduduk, laki taik cuci duit rupanya. kalau tinggal sehelai sepinggang cemana nak sara anak ramai2 tu ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai nya anak mereka laki bini ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah beranak melalui ibu tumpang ramai2. Bila dah terduduk jadi buntu. Utk masa depan budak2 tu mungkin lebih baik hantar ke jkm.
|
|
|
|
|
|
|
|
ibu tumpang ni tlg bg tumpang jer kn..mcm cite woon the virgin...juana miracle tu..
nnti ank tu keluar xde kaitn lngsg kan mak tumpang kan..xde hubungan darah pun kn..
sblm kena sembur..sbnrnya blh jer gugel..saja nk tnya
xsangka org turki suka ank ramai..xjd la pindah sana![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
patut pun x kesah anak ramai nak cuci duit..
Tah igt ke x nama anak tu bapak pun dah dekat 60’s.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi je la kat keluarga angkat. Dah ramai2 mcm tu. Nak sara cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana anak yg helok tu hantar la gi casting jadi talent or kids model. Tengok anak-anaknya mostly comel. Agak gigih la nak hantar ke casting house tapi once client suka, anak-anak pun leh follow instruction haa cerah masa depan utk dapat more jobs. Takpun suh je la maknya join Onlyfans. Muda bergetah takpe..ramai sanggup bayar. Sedangkan yg sendu pun ada je yg sanggup melabur. At least idok le kebulor family tu. Paling koman ko start je la YT channel. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..comel2 anak dia, |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: ibu tumpang ni tlg bg tumpang ...
Me pun teringat cerita tu masa baca kisah acik kristina ni hah.. Remaja lagi meols masa tu... Tiber ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya . Ada ka producer nk wat reality show, masyuk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 14-6-2022 11:30 PM
Ingat Turki ingat burger benjol, inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada h ...
abangLa cabul remaja lelaki dikatakan sumbang mahram tersenyum sinis ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|