CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 1

[Dunia] Arab Saudi mansuh pelitup muka kecuali di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

[Copy link]
Post time 14-6-2022 11:01 PM | Show all posts |Read mode

Semua lokasi terbuka dan tertutup tidak memerlukan pemakaian pelitup muka kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Al Arabiya

Arab Saudi mansuh pelitup muka kecuali di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan penarikan semula langkah-langkah yang  diambil sebelum ini untuk mencegah penularan Covid-19 termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat tertutup, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Individu tidak lagi perlu memakai pelitup  muka di kawasan tertutup kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, sebagai tambahan kepada fasiliti kesihatan, acara awam, dan  pengangkutan awam yang mahu mewajibkan peraturan itu.

Bukti vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki bangunan awam, acara, kapal terbang dan pengangkutan awam lain, demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Rakyat yang ingin meninggalkan Arab Saudi dikehendaki mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan dan bukannya tiga bulan seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, peraturan baharu itu tidak terpakai kepada orang di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang telah dikecualikan daripada diberi vaksin oleh Kementerian Kesihatan.

Kementerian bagaimanapun terus menggalakkan orang ramai mengambil suntikan dos  untuk melindungi diri mereka daripada virus Covid-19. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... aram-masjid-nabawi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk jangan tak cucuk!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.131790 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list