CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

[Tempatan] Jenayah paling rendah.Pulis kata Melaka negeri paling selamat didiami.Penjenayah takut buat onar sebab takut kena maki?

[Copy link]
Post time 15-6-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JASIN 14 Jun – Melaka dilabelkan sebagai sebuah negeri yang sangat kondusif untuk didiami kerana jenayah
indeks dicatatkan sepanjang tempoh lima bulan lalu adalah paling rendah berbanding negeri-negeri lain.

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, sebanyak 605 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mei
lalu berbanding 619 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, indeks itu menurun sebanyak 14 kes atau 2.26
peratus.

Menurutnya, sebanyak 318 kes berjaya diselesaikan daripada 605 kes jenayah indeks yang dicatatkan dalam
tempoh lima bulan iaitu pencapaian sebanyak 52.56 peratus.

“Lihat kepada statistik indeks jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan namun ada beberapa jenayah lain
menunjukkan sedikit peningkatan.


“Bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kita sentiasa mengambil tindakan proaktif mendapatkan maklumat
bagi mengesan penjenayah terbabit, setakat sekarang alhamdulillah keselamatan dan jenayah di negeri ini
terkawal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Townhall Bembaku Maju Jaya di
pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras (Japerun) Bemban, Jasin dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Penyelaras DUN Bemban, Datuk Hasan Abd. Rahman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shahdan Othman dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah.

Mengulas lanjut Zainol berkata, bagi statistik jenayah di kawasan MPHTJ pula menunjukkan graf peningkatan
sebanyak 18 kes atau 23 peratus daripada 90 kes bagi Januari hingga Mei lalu.

Menurutnya, bagi tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 80 kes dicatatkan bagi tempoh lima bulan di kawasan
berkenaan.

Beliau berkata, bagi Japerun Bemban pula sebanyak enam kes jenayah indeks dicatatkan sama bagi tempoh yang
sama tahun lalu.

Katanya, sesi Townhall yang diadakan itu adalah manifestasi komitmen PDRM bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien bagi memenuhi ekspektasi masyarakat dalam konteks penyampaian perkhidmatan.

Jelasnya, Polis Melaka akan terus berikrar untuk mempergiatkan usaha menangani masalah jenayah di negeri ini sepanjang masa

Sumber SuaraMerdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 08:14 AM | Show all posts
kedai puake tersenyum sinissss

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036319 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list