CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 3

[Tempatan] Rakyat Islam Malaysia di Jepun kesal rai Bon Odori

[Copy link]
Post time 15-6-2022 01:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-6-2022 09:19 AM

Rakyat Islam Malaysia di Jepun kesal rai Bon Odori



FIRDAUS Wong Wai Hung (kiri sekali) dan Zulkarnain (dua dari kiri) bergambar ketika terlibat program dakwah di Jepun baru-baru ini. - Foto ihsan Firdaus Wong Wai Hung


  • Oleh AMREE AHMAD
  • 14 Jun 2022, 5:56 pm

PUTRAJAYA: Umat Islam di Malaysia seharusnya merujuk pengalaman rakyat Malaysia yang menetap di Jepun mengenai festival Bon Odori di negara itu bagi mengelak tergelincir akidah.

Perkara itu antara dikongsi pendakwah mualaf terkenal tanah air, Firdaus Wong Wai Hung melalui hantaran dalam laman sosialnya yang membongkar kisah dialami warga Malaysia di sana
.
Dengan tajuk bernada sindiran iaitu ‘Akhirnya ada Muslim di Jepun sambut Bon Odori’, beliau memuat naik tangkap layar perbualan bersama sahabatnya yang diberikan nama Zulkarnain.
“Beliau merupakan rakyat Malaysia yang telah menetap dan berdakwah di Jepun selama lebih 14 tahun, malah isterinya juga orang Jepun. Masya-Allah. Zul pernah menyambut Bon Odori.

“Ini ketika tiga tahun pertama tiba di Jepun tetapi setelah tahu ia festival keagamaan, beliau terus tinggalkan dan tidak menyertainya lagi,” tulis Firdaus yang tular dikongsi ramai warganet.
Kelmarin, Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) itu membongkar pendirian umat Islam di Jepun termasuk golongan mualaf yang tidak pernah pun meraikan acara itu.

Festival tarian ini mencetuskan polemik panas awal minggu lepas setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melarang penyertaan umat Islam.
Kenyataan tegas beliau itu turut disokong ramai mufti dari pelbagai negeri dan tokoh agama kerana program tersebut ada unsur pemujaan roh hantu dan bertentangan dengan syarak.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor tidak menyekat masyarakat Islam hadir atas alasan karnival itu hanya berbentuk kebudayaan.
Mengulas lanjut, Firdaus menjelaskan bahawa andai kata komuniti Jepun Muslim datang bagi menyambut Bon Odori sekali pun, ia tidak menjadikan festival itu hilang unsur keagamaan.

“Bukan sahaja Bon Odori, bahkan Bon Odori versi Cina iaitu perayaan Hantu Lapar pun tetap sama,” katanya merujuk acara penganut Buddha yang diadaptasi rakyat Jepun bukan Islam.
Festival dirayakan lebih 500 tahun itu kemudian dikembangkan komuniti Jepun bukan Muslim di luar negara dengan kerjasama Kedutaan Jepun sebagai meraikan hantu moyang kembali.

Ia turut disahkan Zulkarnain yang mengakui Bon Odori merupakan perayaan keagamaan dan bukan kebudayaan dengan penglibatan ahli tokong tempatan bagi memuja roh orang mati
Beliau juga dilaporkan terkejut apabila diberitahu golongan belia Islam di Malaysia pula lebih teruja mahu meraikan festival itu dan berita berkenaan turut tular diperkatakan Muslim di Jepun.

Justeru, beliau menasihatkan kelompok remaja Islam itu sedar dan insaf mengenai perkara tersirat di sebalik acara berkenaan serta bukannya sekadar terkinja-kinja menari tanpa ada asas ilmu.  

Mereka juga malah disarankan belajar bahasa Jepun agar dapat memahami baii-bait mantera dibacakan ketika mengelilingi bulatan yang memuja hantu untuk ceria gembira turun ke bumi.
Dianggarkan terdapat lebih 250,000 umat Islam di negara maju Asia itu dengan sebahagian besar warga asing termasuk dari Malaysia dan sejumlah 50,000 mualaf rakyat Jepun sendiri.
UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2022 01:20 AM | Show all posts
Tetapi orang Islam boleh pula menggunakan tarian singa ataupun tarian naga untuk meraikan sesatu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi tanya lobai yang ber dakwah di japan supaya japanese murtad...... Seriously lobai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Why blow up this thing until become like this, haiya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037343 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list