CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Tempatan] Tapak projek PR1MA Teluk Intan dipenuhi semak

[Copy link]
Post time 15-6-2022 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Tapak projek PR1MA Teluk Intan dipenuhi semak

https://www.utusan.com.my/nasion ... tan-dipenuhi-semak/

Oleh AIN SAFRE BIDIN
15 Jun 2022, 8:07 am


KEADAAN tapak projek PR1MA Teluk Intan di Jalan Changkat Jong, Perak, yang dinaiki semak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN: Status projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Batu 4, Jalan Changkat Jong, di sini yang dirasmikan pada April 2018, masih menjadi tanda tanya kerana sehingga kini tiada sebarang pembangunan dilaksanakan di situ.

Selepas lebih empat tahun, kawasan tersebut kini dinaiki semak tebal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin berkata, keadaan itu bukan sahaja merugikan tetapi menghampakan rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Katanya, difahamkan PR1MA Teluk Intan sepatutnya menawarkan 957 unit rumah mampu milik untuk rakyat di sini.

“Memang kita sedia maklum rumah PR1MA dibina kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

“Namun apa yang terjadi terhadap pembinaan rumah PR1MA Teluk Intan ini sangat menyedihkan. Selepas perasmian oleh Perdana Menteri ketika itu, tiada sebarang kerja pembinaan dilaksanakan.

“Tidak diketahui status projek ini sama ada diteruskan atau sebaliknya. Namun yang pasti rakyat kecewa kerana hanya mampu melihat tapaknya yang kini dinaiki semak-samun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Azhar berharap pembinaan PR1MA Teluk Intan dapat diteruskan untuk memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah menduduki rumah sendiri yang selesa.

Kediaman PR1MA Teluk Intan melibatkan pembinaan 957 unit rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar RM232 juta. Projek itu sepatutnya siap pada 2020.

Fasa pertama melibatkan 523 unit adalah rumah teres satu tingkat berharga RM180,000 manakala bakinya rumah teres dua tingkat berharga kurang daripada RM250,000.

Sebanyak 6,000 pemohon rumah PR1MA Teluk Intan mendaftar secara dalam talian dengan 2,000 daripadanya mendaftar sebagai pilihan pertama.

Rumah-rumah mampu milik PR1MA adalah bagi memenuhi permintaan golongan M40.

Individu atau keluarga dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 dan RM15,000 layak untuk memohon kediaman PR1MA. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.029465 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list