CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

Imam Terkemuka UK Dipecat Protes Filem 'Saidatina Fatimah'

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Imam terkemuka United Kingdom (UK), Qari Muhammad Asim dipecat kerana dituduh mencetus protes terhadap filem The Lady of Heaven mengenai anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah Az-Zahra.


Pemecatan Qari yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Masjid dan Imam UK dibuat selepas beliau memuat naik hantaran dalam Facebook yang menjelaskan filem berkenaan ‘melukakan hati umat Islam’ kerana berbaur penghinaan agama.




IMDb




Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq antara negara yang mengecam tayangan filem tersebut, lapor AFP.


Tindakan itu disusuli oleh Maghribi yang mengharamkan tayangan filem Britain itu kerana menghina agama Islam.


Pusat Sinematografi negara dalam kenyataan memaklumkan keputusan tegas itu diambil beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi mengutuk filem berkenaan.


Filem tersebut dilarang daripada ditayangkan sama ada atas dasar komersial atau budaya di negara ini.


Eli King yang bertindak selaku pengarah filem itu secara jelas memalsukan sejarah Islam sebenar.


Kisah kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah Az-Zahra yang digambarkan menerusi filem itu mendapat bantahan umat Islam di beberapa negara.


Kritikan terhadap filem ini banyak tertumpu kepada penggambaran beberapa watak sokongan termasuk sahabat Nabi Muhammad iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab dan Uthman Affan.


Kisah itu juga dianggap sebagai filem pertama mengenai kehidupan Fatimah yang boleh mencetuskan ketegangan antara kumpulan Sunni dan Syiah di seluruh dunia.


Filem tersebut diterbitkan di Britain 3 Jun lalu, namun selepas beberapa protes daripada umat Islam di luar pawagam rangkaian kedua terbesar di dunia, Cineworld, semua tayangan dibatalkan serta-merta.


Difahamkan, Penerbit Eksekutif filem itu, Malik Shlibak turut menerima ancaman mati.


Di Britain, protes diadakan di Bolton, Blackburn, Bradford, Sheffield dan Birmingham.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082766 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list