CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Tempatan] Jual ubat seludup kepada penagih

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Jual ubat seludup kepada penagih


ANTARA produk yang dirampas Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) dalam Ops Nilam di sebuah klinik perubatan swasta di Seremban. FOTO Ihsan CPF


Seremban: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri Sembilan mengesan beberapa produk psikotropik yang diseludup ke negara ini dan dijual kepada penagih dadah.

Kegiatan itu dilakukan sebuah klinik perubatan swasta di bandar raya ini sebelum premis berkenaan diserbu Khamis lalu dan sejumlah produk dianggarkan bernilai RM64,273 dirampas.

Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, operasi bersepadu menerusi Ops Nilam itu dijalankan 15 Pegawai CPF Negeri Sembilan, CPF Kuala Lumpur dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

"Hasil operasi berjaya merampas sebanyak 17 keluaran yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), tujuh jenis keluaran psikotropik yang berdaftar dan lima jenis peranti digital dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM64,273.

"Siasatan awal mendapati produk itu dibawa masuk dari negara luar menggunakan laluan yang tidak sah dan dibekalkan kepada penagih dadah sekitar Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, maklumat dan kerjasama daripada pihak awam turut membantu jabatan menjayakan operasi itu.

Tambah beliau, sumber produk itu tidak diketahui dan penggunaan produk adalah tidak diyakini keselamatannya serta boleh membahayakan kesihatan orang awam.

"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama.

"Selain itu, siasatan mengikut Seksyen 32(2) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan pihak yang berkaitan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama

"Dan di bawah Seksyen 30(5) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udup-kepada-penagih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033387 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list