CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Dunia] Stok senjata nuklear global bakal meningkat

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN menunjukkan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Sarmat di tapak ujian Plesetsk, Rusia pada 20 April 2020. – AFP

Stok senjata nuklear global bakal meningkat

STOCKHOLM, SWEDEN – Simpanan senjata nuklear dunia dijangka bertambah buat kali pertama sejak akhir Perang Dingin berikutan peningkatan ketegangan disebabkan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) menerusi buku laporan tahunan 2022 yang dikeluarkan kelmarin menyatakan, peledak nuklear di lapan negara yang mempunyai keupayaan itu dijangka  bertambah dalam masa beberapa dekad akan datang.

Lapan negara tersebut ialah Amerika Syarikat (AS), Russia, Britain, Perancis, China, India, Pakistan dan Korea Utara di samping Israel.

“Semua negara yang memiliki senjata nuklear kini meningkatkan atau menaik taraf senjata nuklear masing-masing.

“Negara-negara ini meningkatkan  retorik dan peranan senjata nuklear dalam strategi ketenteraan mereka. Ini  trend yang membimbangkan,” kata Pengarah Program Senjata Pemusnah Besar-Besaran SIPRI, Wilfred Wan.

AS dan Russia setakat ini mempunyai 90 peratus daripada senjata nuklear dunia. Moscow memiliki 5,977 peledak nuklear, manakala 5,427 lagi dalam simpanan Washington.

China pula terus meningkatkan  keupayaan dengan membina  lebih 300 fasiliti pelancar senjata nuklear baharu, demikian menurut laporan  sama.

Pentagon meramalkan stok nuklear Beijing akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda dalam dekad akan datang.

SIPRI turut menganggarkan Korea Utara memiliki 20 bom nuklear, namun pendirian berahsia Pyongyang  menyukarkan usaha untuk mengukur keupayaan nuklearnya yang sebenar.

Firma pemikir itu bagaimanapun percaya bahwa  negara komunis tersebut kini mempunyai bahan mencukupi untuk menghasilkan 55 bom nuklear.

“Tiada bukti  nyata bahawa Korea Utara telah menghasilkan peledak nuklear berfungsi untuk penghantaran melalui peluru berpandu balistik antara benua.

“Namun, ia mungkin mempunyai sebilangan kecil peledak nuklear untuk peluru berpandu balistik jarak sederhana,” kata SIPRI.

Pada 2021, lima anggota  kekal Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS, Russia, China, Britain dan Perancis menyatakan pendirian bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak seharusnya berlaku.

Bagaimanapun, laporan SIPRI menunjukkan bahawa kelima-lima negara itu terus meningkatkan atau menaik taraf senjata nuklear milik mereka.

Dalam pada itu, meskipun bilangan peledak nuklear global berkurang daripada 13,080 kepada 12,705 antara 2021 hingga tahun ini, bekas Perdana Menteri Sweden yang juga merupakan ahli lembaga pengarah SIPRI,  Stefan Lofven memberi amaran bahawa hampir separuh disimpan dalam keadaan bersedia atau berjaga-jaga.

“Hubungan antara kuasa-kuasa besar dunia semakin merosot ketika manusia dan planet ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang hanya boleh diselesaikan oleh kerjasama antarabangsa,” katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... al-bakal-meningkat/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055214 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list