CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Dunia] Nuget ayam terbesar dunia seberat 21 kg

[Copy link]
Post time 15-6-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode

DiGiovanni (belakang) dan Davis (depan, kanan) menerima pengiktirafan nuget ayam terbesar di dunia oleh Guinness World Records. - Guinness World Records

Nuget ayam terbesar dunia seberat 21 kg

CAMBRIDGE, MASSACHUSETTS – Duo masakan popular, Nick DiGiovanni dan Lynn ‘Lynja’ Davis mencatatkan Guinness World Records kedua mereka apabila memasak nuget ayam terbesar di dunia seberat 20.96 kilogram (kg), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Rekod pertama duo cef selebriti itu dicipta pada November 2021 dengan menghasilkan pop kek terbesar.

Kini, mereka mencuba nasib untuk kali kedua dengan memasak nuget ayam memiliki saiz 115 kali ganda lebih besar daripada nuget biasa.

Pasangan cef itu berkata, mereka menggunakan beberapa bahan dalam hidangan tersebut termasuk 18kg ayam kisar, 40 biji telur, 40 keping roti putih, 1.8 liter  susu, tiga perempat cawan serbuk bawang, tiga perempat cawan serbuk bawang putih, secawan garam dan setengah cawan lada hitam.

Nuget itu kemudian disapu dengan telur yang telah dipecahkan dan disalut serbuk roti sebelum dibakar.

“Bagi membakar nuget ayam ini, kami terpaksa membina sejenis peralatan memasak khas,” kata DiGiovanni.

Guinness World Records mengesahkan dan mengumumkan rekod tersebut sebagai nuget ayam terbesar di dunia pada Sabtu lepas. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... unia-seberat-21-kg/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.632302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list