CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 928|Reply: 5

Kerajaan Bincang Dengan Pembuat Kereta Api Korea Bina Kereta Api Laju Di Putrajaya

[Copy link]
Post time 15-6-2022 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Pengangkutan awam di Malaysia sememangnya semakin maju, dari pengangkutan seperti MRT yang sudah mempunyai fasa terbaru untuk kemudahan orang awam hingga ke teksi terbang oleh AirAsia yang akan tiba dalam beberapa tahun lagi.

Kredit foto: Wikipedia/Facebook



Baru-baru ini, pejabat Kementerian Pengangkutan menerima kunjungan dari wakil industri rel Korea Selatan iaitu Hyundai Corp, Maglev MKC, Keretapi EP Korea dan Hyundai Rotem Malaysia.



Difahamkan, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan beliau telah diberikan taklimat oleh Encik Yoo dari Keretapi EP Korea tentang rancangan untuk sistem kereta api laju di kawasan Putrajaya.



Mereka juga berbincang tentang membangunkan sistem monorel seumpama itu di Putrajaya, khususnya mengenai penglibatan sistem rel dan pengangkutan lain.

Sekadar info, KTMB juga kini mempunyai kakitangan yang sedang menjalani latihan di Korea dan akan lebih ramai lagi pelatih akan dihantar ke sana tidak lama lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 06:06 PM | Show all posts
yang pakai third rail pakai pantograph pun semedang rosakkkkkk je. apa lagi nak pakai maglev. pakai maglev dari putrajaya nak pi manaaa? hsr pun tak tercapai lagi alangkan nak pakai maglev.malaysia tak sesuai la maglev country kecik kejap2 train kena brake buat bazir energy je .
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Atukcow bina putrajaya dan cyberjaya tanpa peduli public transport dan pejalan kaki. Dia nak orang drive aje.Lokasi Putrajaya Sentral tu sendiri pun tak strategik dan menyusahkan orang cari transport lain lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:29 PM | Show all posts
dia punya nak bincang dengan pakar tu molek dah
tapi hujung2 nak harga murah
potong sana sini
projek jadi projek kroni masuk poket
pakar juga dipersalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 16-6-2022 06:24 PM
Atukcow bina putrajaya dan cyberjaya tanpa peduli public transport dan pejalan kaki. Dia nak orang d ...

Sebab tu atokcow ijau lantik Samy Vellu jadi Menteri Kerjaraya, suruh buat jalan berpusing-pusing bersimpang-siur macam tulisan keling, lagi banyak makan minyak, Petronas dengan Petron pun dapat untung, sebab tu atokcow ijau cukup benci dengan proyek MRT, siap nak batalkan MRT3, sebab nanti semua orang naik keretapi, tak untung buat kereta Proton dan penjualan petroleum negara, 18 tahun dah jadi Purdana Muntri baharu terpikir nak buat STAR LRT, LRT PUTRA, monorel pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Monorel Putrajaya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 1.108480 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list