View: 1464|Reply: 17
|
[Tempatan]
16 Tahun Tak Bertemu Ibu Kandung, JKM Gesa Jejaki Waris Gadis ini
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 16-6-2022 12:14 AM
16 tahun tak bertemu ibu kandung, ia pasti menjadi satu tempoh panjang yang amat memeritkan buat anak gadis ini.
Setiap kanak-kanak pasti memerlukan tempat untuk mereka bergantung dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ibu bapa merupakan sumber bagi mereka dalam menerima didikan dan curahan kasih sayang.
Namun, tidak semua kanak-kanak mendapat hak yang sama. Ada di antara mereka terpaksa hidup dengan sebatang kara disebabkan kematian ibu bapa dan ada juga yang tinggal bersama saudara-mara ataupun penjaga.
Begitu juga kisah hidup yang perlu ditempuhi oleh adik ini yang tidak pernah bertemu dengan ibunya sejak kecil lagi. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menghulurkan bantuan dalam mejejaki ibu kepada remaja itu.
Untuk mendapatkan info dan berita ini dengan lebih lanjut, boleh ikuti di Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL)
Semoga urusan pencarian ibu kandung kepada adik Natasha dipermudahkan.
Nama: Natasia binti Abdullah
Tarikh lahir/umur: 15 Mac 2006 (16 tahun)
Jantina: Perempuan
Remaja perempuan Natasia binti Abdullah, 16 tahun yang dirujuk oleh sepasang suami isteri selepas ibu kandung kanak-kanak Murina Iwat @ Murni menyerahkan kanak-kanak kepada mereka untuk dijaga sejak lahir lagi. Selepas itu, ibu kandung telah menghilangkan diri sehingga kini dan kanak-kanak ini telah ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sehubungan itu, JKM memohon agar ibu kandung tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
#JKMWPKL
#berkatberjasa
Sumber: Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ku tunggu muntri2x buat databank DNA di malaysia. senang trace |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan mu wahai anak. Kasihan anak ini, tiada mana2 insan pun yg minta untuk dilahirkan dan kemudian ditinggalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya anak sayang.. Kesedihan dlm hati dia tu disembunyi dgn senyum lebar begitu. Aduh, sayunya rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa budak ni. Semoga dipermudahkan segalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...
Kat luar tersenyum lebar, dalam hati sapa yg tau |
|
|
|
|
|
|
|
kesian..semoga dipermudahkan....time inilah anak manja dgn ibubapa mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dgn adik ni.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian ibu kandung
Tapi macam susah aje nak trace lagi2 kalau si ibu dah balik ke Indonesia
Baideway, Grand Seasons Avenue ni dah bukan hotel lagi ke? Dulu2 Hotel Grand Seasons kan namanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedihnya bila pkir nasib anak2 yatim/anak2 terbiar ni..bersyukurlah kita masih ada mak bapak & insan yg sayangkan kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik orgnya..harap2 dipermudahkan bertemu ibu |
|
|
|
|
|
|
|
dirujuk oleh sepasang suami isteri selepas ibu kandung kanak-kanak Murina Iwat @ Murni menyerahkan kanak-kanak kepada mereka untuk dijaga sejak lahir lagi.
Means budak ni dibesarkan oleh this couple and merasa ada ibu cuma teringin nak jumpa ibu kandung. Bukan ditinggalkan living in an institution.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu lelaki, sedih jugak tengok muka dia.
Ni perempuan pulak, senyum lebar dalam hati tuhan je tahu![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 11:34 AM
Kesian dgn adik ni.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian ibu kandung
Tapi macam susah aje nak trace ...
bapak gue Msia..mak gue indon...mohon ICnya pak...ICnya....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Buat ler semula rancangan macam Jejak Kasih dulu tu cara tu lebih cepat response kalau maknya masih ada hati nak jumpa. Tapi tak dinafikan ada sesetengah orang umum macam mana pun dia tak nak tampil juga mungkin dia dah tak nak ingat kisah lama. |
|
|
|
|
|
|
|
hurm. data DNA malaysia complete tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar baik2 nak.. semoga cerah masa depan.. jangan terjebak perkara2 tak elok..
Semoga hasrat anak jumpa ibu tercapai ye..
Mana omak eh.. anak lawa2 camni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 11:34 AM
Kesian dgn adik ni.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian ibu kandung
Tapi macam susah aje nak trace ...
Bukan hotel dah. Before pkp pun dah sendu pastu pkp terus tutup.. skarang jkm ambik.. byk plak duit jkm byr takeover buildinghoteltu ek |
|
|
|
|
|
|
| |
|