|
Seorang wanita sarat mengandung ditemui mati dengan kepalanya dipenggal, dan bekas kekasihnya ditahan kerana disyaki membunuh, menurut polis.
Dalam kejadian di Amerika Syarikat, mangsa, Liese Dodd, 22, dikatakan sudah lama tidak berhubung dengan ibunya.
Bimbang dengan keadaan itu, ibu mangsa, Heidi Noel berkunjung ke flatnya di di Alton, Illinois, untuk melawat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/100743ws4ggsqmup7zqj14.png) Liese, Foto: KMOV4
Namun, Heidi menemui mayat anaknya tanpa kepala terbaring di lantai rumah.
Kepala mangsa yang dipenggal kemudian ditemui dalam tong sampah di luar bangunan flat.
Ketua polis Alton, Marcos Pulido berkata, anggotanya terkejut dengan penemuan di lokasi kejadian.
"Apa yang diperhatikan, apa yang difahamkan, apa yang ditemui, benar-benar mengerikan," katanya.
Polis kini menahan bekas teman lelaki Liese, Deundrea S. Holloway kerana disyaki membunuh.
Holloway, 22, bagaimanapun sudah berada dalam tahanan di atas pertuduhan berasingan sebelum diburu polis.
Peguam Madison County, Thomas Haine dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Holloway berdepan dengan dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama dalam kematian Dodd.
Menurutnya, Holloway juga berdepan dengan dua pertuduhan membunuh dengan sengaja ke atas seorang bayi belum lahir. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|