|
Remaja perempuan berusia 18 tahun didakwa menikam mati bayi perempuannya yang baru dilahirkan.
Portal Newsweek melaporkan, Leiyla Cepeda menghadapi dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama, menurut Peguam Daerah Weld County.
Apabila polis menyerbu sebuah rumah di Nunn, Colorado, mereka mengetahui seorang bayi sudah dilahirkan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/104742b0mtu1gh11gz0g75.jpg) Foto: Law & Crime
Polis kemudiannya melihat kesan tikaman pada bayi yang mati itu, lapor stesen berita tempatan KMGH, memetik afidavit tangkapan.
Pegawai juga berkata, mereka menemui gunting di tempat kejadian.
Cepeda memberitahu polis, dia mula mengalami kekejangan dan kontraksi dan berjaya melahirkan bayi pada 1.30 pagi, Rabu lalu.
Menurut afidavit sama, Cepeda menafikan mencederakan anak itu dan mendakwa bayi itu tidak bergerak ketika dilahirkan.
Selain itu, remaja itu mendakwa muka bayinya itu ketika dilahirkan, berwarna ungu, lapor KMGH.
Afidavit itu menyatakan, bedah siasat menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dilahirkan dan koroner menemui sebahagian besar luka tusukan pada dada, rusuk dan perut.
Koroner mendapati cara kematian bayi itu adalah akibat dibunuh.
Sumber: Harian Metro |
|