Tular sebuah video memaparkan beberapa individu dipercayai pemain skuad Harimau Malaya meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di kelab malam termasuk kelibat lelaki dipercayai pemain kebangsaan beragama Islam.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/123801s4ihk4wwiewd9w92.jpg) Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial.
Dipercayai, Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok turut dirakam dalam video berdurasi lapan saat itu.
Susulan video itu, Junior tampil menjelaskan perkara sebenar, namun enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.
Facebook Harimau Malaya bagaimanapun mendakwa, sebagai penokong sukan bola sepak, adalah tidak wajar untuk mengulas mengnenai isu aktiviti peribadi dan di luar padang oleh para pemain.
|