View: 730|Reply: 3
|
Squid Game Jadi Rancangan Realiti, Tawar Hadiah RM20 Juta
[Copy link]
|
|
SEOUL: Drama popular Korea Selatan, Squid Game bakal diadaptasi dalam rancangan realiti baharu selepas kejayaan drama siri tersebut di saluran penstriman berbayar Netflix.
Rancangan realiti itu bakal diberi judul ‘Squid Game: The Challenge’ yang menawarkan hadiah utama berjumlah AS$4.56 juta (RM20 juta).
Rancangan tersebut akan menjalani penggambaran selama empat minggu yang melibatkan seramai 456 peserta bersaing dalam 10 episod.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/16/124608a5590sx59j2gn0qo.png) Foto: via Utusan
Peserta akan menyertai perlawanan popular semsa waktu kecil seperti ditampilkan dalam Squid Game serta permainan baharu yang ditambah oleh Netflix.
Penyertaan terbuka kepada semua individu berusia 21 tahun ke atas yang boleh berbahasa Inggeris.
Naib Presiden Netflix, Brandon Riegg berkata, kisah menarik dan simbolik dari Squid Game yang diarahkan oleh Hwang Dong Hyuk berjaya memukau penonton seluruh dunia.
“Kami akan mengubah dunia fiksyen menjadi kenyataan.
“Pertandingan realiti terbesar ini akan dipenuhi dengan konflik dan ketegangan dengan 456 peserta akan memulakan perjalanannya. Kami berharap penggemar drama ini akan bergabung dalam perjalanan yang menarik dan tidak terduga itu,” katanya.
Baru-baru ini, Squid Game menayangkan teaser pertama bagi musim kedua yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Squid Game adalah siri Netflix paling berjaya dalam sejarah yang ditonton lebih 142 juta orang selepas empat minggu ditayangkan.
Individu yang berminat menjadi sebahagian daripada peserta rancangan realiti tersebut boleh melayari SquidGameCasting.com.-CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
macam Runningman masa mula2 keluar sekitar 10 tahun lepas..
cuma.. yang ni based on Squid Game.
dan pada skala yang besar |
|
|
|
|
|
|
|
jgn smpi berbunuh2 je
tp ni mesti melibatkan moral jgk kn game2 gini
betrayal, cheating...u name it
part of the drama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|