View: 1188|Reply: 6
|
Pan Gon Selalu 'Report' Pada TMJ?
[Copy link]
|
|
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon sentiasa mengemas kini maklumat terbaharu skuad Harimau Malaya kepada beliau.
Perkongsian itu dimaklumkan sendiri oleh TMJ menerusi laman Instastory peribadi baginda, semalam.
Foto: IG TMJ
Menerusi hantaran berkenaan, ‘perkenalan’ Pan Gon dan TMJ tercetus selepas pengendali dari Korea Selatan itu memperkenalkan dirinya kepada TMJ sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan JDT menjulang Piala Sumbangsih.
“Apa yang Tunku lakukan untuk bola sepak Malaysia adalah sangat menakjubkan. Ia sudah melangkaui peringkat Asia dan saya sangat menghormati Tunku.
“Saya akan sentiasa memberikan perkembangan terkini mengenai pasukan kebangsaan dari semasa ke semasa. Dengan sokongan Tunku, saya akan terus bekerja keras demi kejayaan Malaysia.
“Saya memohon sokongan daripada Tunku,” kata Pan Gon dalam perbualan menerusi Whatsapp yang dikongsi Tunku Ismail.
Malah, Pan Gon turut memberi laporan mengenai perancangan pasukan kebangsaan bagi mengharungi beberapa aksi persahabatan serta tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.
Selain itu, terdapat juga perbualan dipercayai selepas keputusan Tunku Ismail untuk berundur daripada urusan harian skuad Harimau Selatan dan menyerahkannya kepada pengurusan tertinggi pasukan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-6-2022 01:56 PM
tak kisahlah, ini just sensational,
yang penting , he delivers. bebenda side story level sembang macam tu , macam ni ni like alaa who cares.mungkin signifikan bagi sembang sembang.
apa yg Oppa Kim ni bawa , i think bagus untuk ubah mentaliti pemain bola sepak malaysia. banyak improvement daripada aspek tempo , ritma gerak , gaya , teknik, strategi; permainan kini yg lebih banyak bergasak, menyerang and percubaan masukkan gol gol berbanding dengan tempo permainan depa semasa AFF suzuki , itu sakit hati je tengok, macam mane boleh aim final kalau level AFF dulu. La ni rasa okaylah ...bagus bagus.
masalah utama pemain bola sepak melaysia B23 ke, atau senior squad ialah : depa leka sungguh selepas sesuatu jaringan gol berjaya dilakukan, lax, then lawan akan ambil kesempatan untuk jaringkan gol penyamaan, ini selalu berlaku even now , even more in b23 group.lagi satu i yg bukan peminat bole bila tengok AFF , B23 depa suka bagi boleh kat goal keeper ...ye? suka bila penalty ke atau ape ape nampak depa tendang bole dan ke arah goal keeper? ini ketara pada B23 and AFF suzuki..
and now senior squad HM ni dah improved... nampak bergaya jaringkan gol...finishing improved dah.
yg bawah 23 ni, well...selama ni Brad dah sumbangkan ape ye? i mean belum nampak significant improvement, i think berbanding Brad i nampak kesungguhan jurulatih asia ni memang nampak outcome. i dunno mesej tersurat atau tersirat...pemain B23 masa sukan Sea okay je as debut, early exposure bagus juga gaya bermain tapi kalau Oppa Kim ni latih i think ?? adakah outcome lain??? , but dalam recent match B23 dah dalam kumpulan team bebagus semua memang teruklah tapi mutu permainan makin lama macam lose confident , i kesian betul captain tu masa tengok verbal and non verbal cues dia semasa interview, macam terlalu leth dah and sedih dah and macam tak tahu nak buat ape dah , yeslah barangkali pengalaman, skill pun masih kena asah tapi kan still ..kena tambah baiklah program latihan.....eh , jgn leburkan potensi depa...
i think FAM macam nilah
kalau jurulatih tu bagus , content latihan bagus ..kekalkan if not ..ntahlah ade kot penambahbaikan program latihan...buat cara pan gon kot , ?? barangkali??
|
|
|
|
|
|
|
|
yg penting Msia main lain mcm.. aku x reti sgt nk bckp.. tp mmg lain dari yg kita selalu tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya posting ni termasuk meolls cuma 3 ketoi je komen kiki |
|
|
|
|
|
|
|
iol speku mcm ti em jay je yg suruh dia update. dah anak raja yg mintak.. dia kenalah patuh. x gitu..? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu kalau dalam team tu ramai player dia, mesti dia mahu update jugek khennn...
apapun kalau i takdelah nak share conversation bagitahu semua orang. dalam hidup ni kalau kita kerja belakang tabir memang jarang dapat penghargaan... tp Allah tahu. Reda Tuhan lagi lebih baik dan besar nilainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena konsistent. Player2 kena kerja kuat lagi.
Malaysia dah dapat one of the best coach in Asia.
Selebihnya bergantung pada pemain2 dan FAM target sampai mana nak pegi.
Coach2 di negeri masing2 pun kena kemaskini training jadi lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|