CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 2

[Dunia] Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri terima tempat pertama Anugerah Alumni Perintis Universiti Islam Madinah

[Copy link]
Post time 16-6-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Zulkifli terima Anugerah Alumni Perintis Universiti Islam Madinah

https://www.utusan.com.my/nasion ... siti-islam-madinah/

Oleh MOHD HUSNi MOHD NOOR
16 Jun 2022, 12:40 pm


ZULKIFLI Mohamad al-Bakri dikurniakan tempat pertama Anugerah Alumni Perintis sempena Majlis Konvokesyen ke-58 Universiti Islam Madinah.  

PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengharumkan nama negara apabila dikurniakan tempat pertama Anugerah Alumni Perintis sempena Majlis Konvokesyen ke-58 Universiti Islam Madinah.

Lebih manis, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu dipilih dalam kalangan 138 alumni yang tercalon dari seluruh dunia.

Zulkifli menerusi hantaran di Facebooknya berkata, majlis pengurniaan anugerah itu disempurnakan Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Presiden Universiti Islam Madinah, Dr. Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud dan seluruh Jawatankuasa Penilai yang mencalonkan namanya sebagai penerima tempat pertama.

“33 tahun lalu, saya hanyalah anak kampung dari Terengganu, Malaysia yang tidak mengerti apa-apa dan berkelana ke sini (Madinah) semata-mata mengutip mutiara-mutiara indah daripada para ulama Madinah al-Munawwarah.

“Cuma saya ada satu tekad yang kuat untuk sentiasa menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka yang terbaik. Sesungguhnya, saya menganggap anugerah ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan sumbangan Universiti Islam Madinah dan para ulamanya bagi perkembangan Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berbangga bergelar alumni Universiti Islam Madinah dan akan terus menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara yang tercinta. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 01:32 PM | Show all posts
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

selamat maju jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Universiti wahabi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.258724 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list