CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Dunia] UAE henti eksport gandum India selama empat bulan

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:05 AM | Show all posts |Read mode

Pekerja mengeluarkan gandum dari sebuah lori di sebuah pasar di Amritsar pada 16 April lalu. – AFP
UAE henti eksport gandum India selama empat bulan

ABU DHABI, EMIRIYAH ARAB BERSATU – Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penghentian eksport dan eksport semula gandum serta tepung gandum yang dihasilkan di India selama empat bulan, lapor laman berita RT semalam.

Menurut agensi berita tempatan, WAM yang  memetik kenyataan Kementerian Ekonomi, UAE  sedang berusaha untuk memenuhi bekalan domestik susulan gangguan terhadap aliran perdagangan global.

Arahan  tersebut diguna pakai terhadap semua jenis gandum termasuk keras, biasa dan lembut serta tepung gandum.

“Syarikat-syarikat yang ingin mengeksport atau mengeksport semula gandum serta jenis-jenis tepung gandum dari India yang diimport ke UAE sebelum 13 Mei lalu, perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Ekonomi untuk mendapatkan kelulusan eksport,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Tambahnya, India telah meluluskan eksport gandum ke UAE bagi kegunaan domestik sahaja.

Kerajaan India pada bulan lalu mengumumkan larangan eksport gandum, kecuali ke negara-negara yang disokong oleh surat kredit sedia ada serta bagi yang ingin menjamin keselamatan makanan. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... selama-empat-bulan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.117138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list