CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Dunia] Joe Biden umum bantuan ketenteraan baharu AS$1 bilion untuk Ukraine

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode


Pakej senjata itu termasuk meriam, sistem pertahanan antikapal, peluru meriam dan sistem pelancar roket yang sedia digunakan oleh Ukraine. - AFP

Joe Biden umum bantuan ketenteraan baharu AS$1 bilion untuk Ukraine

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pakej senjata dan peluru baharu untuk Ukraine kelmarin selepas bercakap dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan mengulangi sokongan Washinton kepada Kiev dalam memerangi pencerobohan Russia.

Pakej senjata bernilai AS$1 bilion (RM4.4 bilion) itu termasuk meriam, sistem pertahanan antikapal,  peluru meriam dan sistem pelancar roket yang sedia digunakan oleh Ukraine.

Dalam panggilan telefon bersama Zelenskyy, Biden berkata, beliau mengulangi komitmen bahawa AS akan bersama-sama Ukraine dalam mempertahankan demokrasinya di samping menyokong kedaulatan dan integriti Kiev ketika berdepan serangan Russia, demikian menurut satu kenyataan AS.

Biden juga mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$225 juta (RM989.5 juta)  untuk Ukraine.

Wang bantuan itu akan digunakan untuk membekalkan makanan, air minuman, bekalan ubat dan barangan kritikal lain.

“Keberanian, daya tahan dan keazaman rakyat Ukraine berterusan memberi inspirasi kepada dunia,” kata Biden.

Menurut Pentagon, pakej bekalan senjata baharu itu termasuk 18 lagi meriam 155 milimeter dan 36,000 butir pelurunya, dua sistem peluru pandu antikapal  dan sejumlah roket untuk sistem roket tepat Himars.

Dengan jarak sekitar 80 kilometer, roket Himar berpotensi memberikan lebih keupayaan untuk Ukraine menyerang sasaran Russia dengan lebih tepat dalam perang artileri di barisan hadapan.

Beberapa pegawai AS berkata, kumpulan pertama askar Ukraine menamatkan latihan penggunaan Himars kelmarin.

Pakej itu menjadikan nilai senjata yang dibekalkan oleh AS kepada Ukraine sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu meningkat kepada AS$5.6 bilion (RM24.6 bilion). – AFP

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... lion-untuk-ukraine/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.376860 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list