View: 1345|Reply: 12
|
"Tahniah Ain!" – Pernah Dikecam Netizen Kerana Perjuangkan Isu Jenaka Seksual, Ain Husniza Terima Keputusan Cemerlang SPM
[Copy link]
|
|
Sumber: Twitter Ain Husniza
Semalam, setelah beberapa bulan menunggu akhirnya pelajar-pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 telah menerima keputusan peperiksaan mereka. Topik mengenai keputusan peperiksaan SPM juga menjadi bualan hangat dan trending di Twitter dengan hashtag #SPM2021.
Mesti ramai pembaca disini yang masih ingat gadis yang bernama Ain Husniza? Tahun lepas, tular isu Ain yang bersuara mengenai lawak lucah yang dibuat oleh gurunya ketika di dalam kelas pendidikan jasmani.
Menerusi akaun Twitter milik Ain, dia telah berkongsikan keputusan peperiksaan SPM yang sangat membanggakan iaitu 7A dan 1B. Ain akui dia sangat bersyukur walaupun dia terpaksa tempuhi pelbagai jenis cabaran termasuklah netizen yang mendoakan dia gagal dalam peperiksaan.
Ain juga sempat berkongsikan pengalaman di mana dia mengalami tekanan yang sangat teruk kerana dikecam oleh netizen hanya kerana dia ingin mempertahankan haknya dan mahu memperjuangkan isu yang dipandang remeh orang sesetengah rakyat Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah diberi amaran buang sekolah apabila dia cuba untuk memperjuangkan isu jenaka seksual.
Namun, dia pernah berjanji dengan dirinya untuk membuktikan kepada orang yang mengecam dirinya itu salah dan akhirnya dia tidak sangka bahawa dia memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM.
Semoga adik Ain Husniza terus maju dalam hidup dan teruskan perjuangkan untuk menjadikan sekolah tempat yang lebih selamat dan baik untuk semua pelajar. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
yelaaa tahniah laa. semoga lebih berotak lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cokoro at 12-7-2022 08:54 PM
Tahniahlah tu |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ada DKC ke?iollss baca kat fb ramai plak pepuak cinkies wish tahniah kat dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape tau ayat sebenar cikgu yg dikatakan melucah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dik ain. Permulaan baru sblm menempuh alam U. Sana lagi byk cabaran tau. Pandai2 dik ain jaga diri yachh. |
|
|
|
|
|
|
|
Impress jugaklah since dia kena kecam oleh banyak org sbb isu rogol Tu. Kalau daku, tak dpt nak fokus |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Ain |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan budak pure science |
|
|
|
|
|
|
| |
|