CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 1

[Jenayah] Tuduhan Rina bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas

 Close [Copy link]
Post time 18-6-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Rina

Tuduhan Rina bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas

PUTRAJAYA – Tuduhan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mengatakan bahawa beliau bersubahat melindungi Rumah Bonda adalah tidak berasas dan berunsur fitnah.

KPWKM menerusi satu kenyataan berkata, segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan fitnah dengan tujuan menjatuhkan reputasi dan menangguk di air yang keruh adalah tidak wajar pada waktu perbicaraan kes Bella masih lagi berjalan di mahkamah.

“Perbincangan lanjut bersama pihak Jabatan Peguam Negara akan dilaksanakan dan laporan kepada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan dibuat bagi memastikan tuduhan seperti ini tidak berulang lagi.

“KPWKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap individu yang berkenaan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

KPWKM merujuk kepada satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada 12 Jun lalu mempertikaikan tindakan penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda dan menuduh Rina melindungi rumah kebajikan tersebut.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan oleh JKM ke atas Rumah Bonda telah dimulakan sejak Julai tahun lalu dan berdasarkan siasatan didapati premis berkenaan tidak berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] yang merupakan satu kesalahan di bawah akta sama.

“Susulan itu, tindakan lak (seal) terhadap premis berkenaan telah diambil pada 12 Julai 2021 selaras dengan Seksyen 16A Akta 506.

“Kertas Siasatan juga telah dibuka dan tindakan kompaun telah diambil selaras dengan seksyen 21A Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 serta dibuat dengan keizinan Pendakwa Raya berdasarkan fakta-fakta kes yang jelas,” ujarnya.

Katanya lagi, amaun kompaun sebanyak RM5,000 yang telah dikenakan terhadap pengendali Rumah Bonda adalah amaun kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah Akta 506. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... onda-tidak-berasas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 08:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.239318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list