CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 925|Reply: 5

[Dunia] Belgium setuju kerja 4 hari seminggu

[Copy link]
Post time 18-6-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Belgium setuju kerja 4 hari seminggu


Belgium bersetuju terhadap pembaharuan rang undang-undang buruh, termasuk kemungkinan memberikan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu. - Foto AGENSI


BRUSSELS: Kerajaan gabungan di Belgium semalam, mengumumkan bersetuju terhadap pembaharuan rang undang-undang buruh, termasuk kemungkinan membenarkan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu, lapor Agensi Anadolu.

'Perjanjian pekerjaan' itu bertujuan memberikan fleksibiliti dan kebebasan dalam bekerja dengan objektif meningkatkan kadar tenaga kerja dalam kalangan dewasa melebihi 80 peratus, berbanding 70.6 peratus menjelang 2030.

Sebagai aspek paling penting terhadap pembaharuan itu, Belgium akan mengurangkan hari bekerja daripada lima hari kepada empat dengan mengekalkan tempoh waktu bekerja mingguan.

Daripada segi praktikal, pekerja boleh bekerja 10 jam setiap hari dan bukan lapan jam seperti kebiasaan serta mendapat cuti tambahan setiap minggu sebagai balasan.

Pekerja juga diberi pilihan lain, seperti mengambil cuti sepanjang minggu atau penggiliran tempoh waktu kerja 10 jam dan lapan jam.

Rang undang-undang itu bagaimanapun masih belum diluluskan di peringkat persekutuan. - BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... rja-4-hari-seminggu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 02:56 PM | Show all posts
selama pokcik duduk di Brussels dulu memang enjoy je diaorang. kerja macam tak stress. dengan cuaca yang selesa boleh pi kerja naik basikal. tram dengan underground train tiba tepat waktu. cukup masa balik rumah. summer dapat bonus jalan2 Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 03:38 PM | Show all posts
Edited by white_musk at 18-6-2022 03:42 PM

Akak harap di Malaysia ini akan naikkan working hours untuk tunjuk pada dunia yang orang malaya ini sangat sangat rajin... kalau boleh biar kerja seminggu itu 7 hari.. 8 jam setiap hari...

baru lah nampak rajin sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 04:07 PM | Show all posts
white_musk replied at 18-6-2022 03:38 PM
Akak harap di Malaysia ini akan naikkan working hours untuk tunjuk pada dunia yang orang malaya ini  ...

Haha White, bab kerja sampai mampus kita malah banyak negara tak mampu nak challenge negara-negara Asia Timur.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Belgium chocolate tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 18-6-2022 06:33 PM

omputeh 'malas' kerja..kok negara depa boleh maju..plak...bangla,indon,punyala rajin..sampai majikan Msia amik drng ni kerja lebih 12 jam..28 ari kerja sbln...tak pulok negara indon,bangla,msia msk G8.Apa daaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053159 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list