View: 1358|Reply: 11
|
[Dunia]
Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
[Copy link]
|
|
Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... boleh-menelan-bumi/
Oleh KOSMO!
19 Jun 2022, 7:30 pm
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/06/lohong-hitam.jpg)
Lohong hitam itu adalah bersaiz 500 kali ganda lebih besar berbanding lohong hitam yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti. - Getty /iStockphoto
CANBERRA – Sekumpulan saintis mendakwa bahawa mereka telah menemui sebuah lohong hitam yang amat besar sehingga boleh memuatkan seluruh sistem suria serta ‘menelan’ Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.
Lebih membimbangkan apabila lohong hitam itu cukup besar untuk menelan Bumi, demikian menurut pakar dari Universiti Kebangsaan Australia.
Ketua penyelidik, Dr. Christopher Onken berkata, penemuan itu dianggap sebagai sesuatu yang amat besar, sukar ditemui dan tidak dijangka.
“Ahli-ahli astronomi telah memburu objek sedemikian selama lebih 50 tahun. Mereka telah menemui beribu-ribu objek yang samar-samar, namun objek terang ini ditemui tanpa disedari,” tambah Onken.
Laman Space.com melaporkan bahawa lohong hitam itu adalah bersaiz 500 kali ganda lebih besar berbanding lohong hitam yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau
dunia yang kacau bilau
bercampur baur itu
Tuhan yang pegang |
|
|
|
|
|
|
|
Saintis ni xde kerja ke? Hari2 risau sekejap komet sekejap planet nk hentam bumi sekejap ufo nk serang bumi.....apa kata korang cari lubang hitam kt golok....sedap pun dapat, hiv pun dpt......
Saintis jg yg ckp bumi ni dh berbillion tahun so far ok jer bumi......hawauuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti dunia akan hancur
kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
kena telanpun, takde la dalam esok lusa. |
|
|
|
|
|
|
|
saintis ni x tau ke.. org islam dah tahu awal2 yg dunia ni akan hancur dek kiamat.. tgu masa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Black hole ni 500X ganda besar drpd black hole Sagittarius A* yg dok tgh2 bima sakti ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ayu_v6 replied at 20-6-2022 01:15 PM
saintis ni x tau ke.. org islam dah tahu awal2 yg dunia ni akan hancur dek kiamat.. tgu masa je..
Kalau sepuluh bilion umat islam berfikiran macam kau dekkk, sampai ke sudah lah peralatan-peralatan canggih yahudi yang cipta dekkk…. Lepas tu kau oranglah merempan dengki yahudi lebih maju dekkkk…. Rengsa aih akak sis. |
|
|
|
|
|
|
|
terigt movie boboboi 1 ada sebut lohong hitam ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
kiamat itu pasti ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum jadi lohong hitam ada letupan besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku percaya.... saintis tu sume takde pun nak cakap macam tu. Pasei depa tau ia makan masa paling cikai pun ratusan ribu taun kalu betui menatang tu nak telan sistem suria mentari.
Reporter jer apabila menulis, tambah perisa lelebih.... macam kes "Asteroid Besar Bakal Menghentam Orbit Bumi." ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|