CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 1

RM74.90 Sebiji, Tembikai Dah Jadi Makanan Kayangan Di Korea

[Copy link]
Post time 20-6-2022 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Tembikai kini ibarat makanan 'kayangan' di Korea Selatan berikutan peningkatan harganya di pasaran.


Korea Times melaporkan kenaikan harga itu disedari seorang suri rumah berusia 58 tahun, Kim yang terkejut melihat betapa mahalnya tembikai sejak beberapa minggu kebelakangan ini.




Gambar hiasan




Tembikai buah bermusim kegemaran penduduk Korea Selatan pada musim panas, namun ramai pembeli kini teragak-agak untuk memasukkannya ke dalam bakul beli-belah mereka.


Ia kerana harganya meningkat lebih 30 peratus berbanding setahun lalu, menurut peruncit.


"Harga tembikai menjadi KRW2,000 (RM6.80) hingga KRW3,000 (RM10.20) sekilogram.


"Ia adalah buah kegemaran suami dan anak-anak saya namun harga yang lebih tinggi membuatkan saya berfikir semula untuk membelinya," kata Kim.


Seorang lagi suri rumah, Lee berkata, dia kini memilih buah-buahan lain berbanding tembikai kerana harganya yang tinggi.


"Bagaimana sebiji tembikai boleh menjadi KRW22,000 (RM74.90) secara tiba-tiba? Saya tidak pernah membayar wang sebanyak itu untuk makan buah itu. Kini tembikai adalah makanan mewah," kata Lee.


Perubahan iklim menyebabkan jumlah penghantaran tembikai di negara ini menurun sebanyak empat peratus.


Musim panas tahun ini datang lebih awal daripada jangkaan dan peningkatan permintaan untuk tembikai daripada pengguna menyebabkan harganya meningkat.


Menurut laporan Institut Ekonomi Luar Bandar Korea (KREI) yang dikeluarkan pada Jun lalu, harga domestik tembikai dijangka mencecah antara KRW2,300 (kira-kira RM7.80) dan KRW2,500 (kira-kira RM8.50) sekilogram.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 12:33 PM | Show all posts
meh dtg msia.. makan puas2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.151156 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list