CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 5

Atuk Tertembak Diri Sendiri Dalam Kebun Durian

[Copy link]
Post time 20-6-2022 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Seorang warga emas maut apabila dipercayai tertembak diri sendiri ketika berada dalam kebun durian miliknya di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan, Kulim pada Ahad.


Ketua Polis Daerah, Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mayat lelaki berusia 70 tahun itu ditemui seorang penoreh getah dalam keadaan terbaring berlumuran darah pada pukul 9 pagi.




Gambar hiasan




“Kerana takut selepas mengejutkan mangsa beberapa kali tidak sedarkan diri saksi terbabit bertindak menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.


“Saksi memaklumkan dia berjumpa dengan mangsa pada pukul 7 pagi ketika itu mangsa hendak masuk ke kebun dipercayai untuk mengutip buah durian.


“Waktu itu mangsa memang menggalas senapang patah di bahunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan di dalam sebuah pondok yang terletak 700 meter dari mayat mangsa menemui cebisan isi dipercayai tangan mangsa pada dinding pondok.


Katanya, polis turut menjumpai selaras senapang patah di tepi dinding sebelah kanan dalam pondok tersebut dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik mangsa.


“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘exsanguination due to gunshot to the right upper arm’ (pendarahan akibat tembakan).


“Siasatan awal polis mendapati senjata mangsa meletup secara tidak sengaja,” katanya.


Redzuan memaklumkan, hasil semakan polis mendapati senapang patah terbabit didaftarkan atas nama mangsa.


Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang terjumpa tu sure takut giler..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya hamponnnnn, pokcik Redzuan Salleh tu ponnnn, kemahen honest nye pun, masa kasi kenyataan
Nyilu baca dia kata "cebisan isi drpd tangan mangsa"
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 20-6-2022 06:33 PM

Takde gambar tuan redzuan salleh sebesar alam?


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
A Gunshot to the Head of Trepidation
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.486590 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list