Pari terbesar, 300 kg[size=0.8]Jun 20, 2022 @ 4:41pm
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]
Ikan air tawar terbesar pernah ditangkap di Kemboja pada Selasa, lalu. - Foto REUTERS
PreviousNext
KEMBOJA: Penduduk kampung di pinggir Sungai Mekong berjaya menangkap ikan air tawar terbesar, pari seberat 300 kilogram.
Kira-kira 12 lelaki membantu menarik ikan berkenaan ke tebing. Ikan yang bermaksud 'bulan penuh' dalam bahasa Khmer sepanjang empat meter dilepaskan semula ke sungai, selepas ditanda secara elektronik oleh saintis.
"Ini berita yang amat mengujakan kerana ia membabitkan ikan terbesar di dunia," kata pakar biologi Zeb Hogan, bekas pengacara Monster Fish di saluran National Geographic yang kini menyertai projek pemuliharaan di sungai itu.
"Ia juga menarik kerana ini bermakna aliran Sungai Mekong di bahagian ini masih sihat. Ini petanda baik ikan besar ini masih hidup di sini."
Ikan itu yang ditangkap minggu lalu berhampiran Koh Preah, sebuah pulau terletak di sepanjang jajaran sungai itu di utara Kemboja, mengatasi rekod sebelum ini membabitkan seekor ikan keli gergasi seberat 293kg yang ditangkap di utara Thailand pada 2005.
Menurut Suruhanjaya Sungai, Mekong sungai ketiga di dunia yang memiliki kepelbagaian populasi ikan terbanyak, namun tangkapan ikan berlebihan, pencemaran, gangguan air masin dan penyusutan sedimen menyebabkan jumlah itu menurun. - REUTERS
|